Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



COMANGO: UNTUK RENUNGAN BERSAMA

COMANGO: UNTUK RENUNGAN BERSAMA


Pernahkah anda membayangkan senario kehidupan masyarakat kita sekiranya tuntutan Comango diluluskan di Malaysia? Ikuti kisah seorang Muslimah bernama Xera (bukan nama sebenar) yang menyokong tuntutan Comango ini: Anak gadis berusia 19 tahun, Xera sedang berhibur bersama rakan-rakannya di sebuah kelab malam:

“Xera, awakkan orang Islam. Awak boleh minum arak ke?”

“Memanglah aku orang Islam. Tapi hak akulah kan nak minum arak tu. Hak asasi manusia kan!”

“Awak tak perlu ikut arahan agama Islam ke?” sekali lagi Xera ditanya oleh rakannya, Anita yang non-Muslim.

“Aku perlu ikut tetapi itu merupakan hak aku untuk ikut arahan agama Islam atau tidak. Kalau susah sangat, aku keluar sahajalah daripada Islam. Lagi senang hidup aku!”

“Boleh ke?” Anita bertanya lagi.

“Sudah semestinya boleh. Dunia sekarang mementingkan hak asasi manusia. Tidak perlu ikut arahan agama kalau kita sebagai manusia merasakan kehidupan kita terkongkong dengan agama. Kamu cuba baca Perenggan 1 Comango yang memperjuangkan kebebasan menukar agama termasuk murtad daripada Islam berdasarkan hak asasi manusia.

Baca selanjutnya Klik read more




Selepas penat berhibur di kelab malam itu, Xera yang masih menuntut di salah sebuah universiti tempatan mengikut teman lelakinya ke sebuah hotel untuk berehat:

“Saya sayang awak juga… Jom la… Inikan lambang cinta kita,” teman lelaki mengajak Xera untuk berasmara.

“Takutla… Nanti Badan Pencegah Maksiat datang tangkap. Kita kan belum kahwin lagi…” Xera menjawab lembut.

“Ala.. Kita kan suka sama suka nak tidur bersama ni.”

“Betul juga tu… Hak kita sebagai manusia… Lagipun, mereka bukan boleh buat apa pun. Perenggan 9 Comango menghapuskan kesalahan jenayah syariah seperti khalwat dan zina. Orang yang mahu berzina tidak perlu risau dah…”

Xera yang kini sudah berusia 30 tahun telahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 7 tahun yang diberi nama Xoro: “Ibu, semalam ada kawan ajak Xoro ke konsert yang akan diadakan pada bulan depan.”

“Xoro, anak Ibu ini masih kecil. Tidak sesuai seorang Muslim apatah lagi seorang anak kecil menyertai konsert yang ada aktiviti maksiat.”

“Ini konsert dalam Festival Agama, Ibu. Festival Kuasa Allah,” Xoro menghulurkan satu helaian kertas poster untuk dilihat oleh ibunya.

“Festival ini bukan untuk orang Islam, Xoro,” si ibu cuba menerangkan.“Ibu ni mengelirukanlah! Allah kan Tuhan kita orang Islam.”

“Allah yang dimaksudkan oleh Festival itu merujuk kepada …….”- Perenggan 10.1.1 Comango menuntut penterjemahan ‘God’ kepada ‘Allah’ oleh Kristian Katolik di Malaysia. Contoh: Festival Kuasa Allah ke-18 di Jakarta.



Selesai menghantar anaknya ke sekolah, Xera dan seorang rakan wanitanya berjalan menuju ke pejabat dan bersembang tentang Monica (bukan nama sebenar):“Aku ada seorang staf baru. Cantik sungguh staf aku tu. Dia pun macam berkenan kat aku. Kira jadilah nanti!” Xera teruja.

“Apa maksud kau?” rakannya bertanya mahukan kepastian.

“Si Monica tu la. Cantik sangat. Dia lesbian tau! Class sangat.”

“Kau kan isteri orang. Suami kau kan lelaki paling kaya kat bandar ni. Tak cukup ke?”

“Alaa.. Laki aku tu laki aku, makanan kat rumah. Bila nak makan luar, aku cari la Si Monica.”

“Gila kau? Kau straight. Lepas tu nak jadi lesbian? Lebih-lebih lagi, biseksual terus?”

“Relaks la. Perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 Comango menghalalkan seks songsang. Lesbian, gay, transeksual, biseksual. Semua boleh! Kau nak try?”

Xera tidak mampu mempertahankan perkahwinannya bersama bapa Xoro, kini Xera telah diceraikan oleh suami. Dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya, Xera dijemput menjadi undangan dalam suatu wawancara di sebuah stesen televisyen tempatan:

“Puan Xera adalah seorang tokoh wanita yang terbaik kerana mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya walaupun merupakan seorang ibu tunggal dan membesarkan anaknya tanpa seorang suami. Boleh Puan kongsikan dengan penonton, apakah rahsia kejayaan Puan?” hos rancangan bertanyakan soalan pertama kepada Xera.

“Sekarang saya ada suami. Temporary marriage for 1 month,” Xera menjelaskan status perkahwinannya.

“Apa tu?” hos rancangan ini bertanya lagi kerana mahukan penerangan.

“Nikah Mut’ah.”

“Nikah Mut’ah adalah ajaran Syiah. Best ke?”

“Next year saya cari suami lain kot. Macam bosan je dengan suami sekarang ni. Tak romantik!”- Perenggan 10.1.6 Comango menuntut kebebasan beragama, mempertahankan dakyah agama lain termasuk ajaran Syiah di Malaysia atas nama kebebasan beragama. Contoh: Bazaar of Sexes di Iran.



Dialog-dialog sebegini mungkin asing bagi semua rakyat Malaysia pada hari ini terutamanya dalam kalangan orang Islam. Namun, Comango menjadi ancaman besar bagi umat apabila memungkinkan terjadinya situasi-situasi sebegini jika ancaman Comango dibiarkan menular dalam masyarakat.Walaupun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan Comango, tetapi gerakan mereka dikhuatiri masih berterusan menyerap masuk ke dalam masyarakat. Justeru, adalah wajib bagi setiap antara kita memberikan kesedaran bahaya Comango kepada masyarakat. 

Kita perlu sedar bahawa tuntutan-tuntutan Comango yang bertentangan dengan Islam boleh memporak-perandakan negara dengan membenarkan rakyat bebas melakukan apa saja termasuk perkara bertentangan dengan ajaran Islam tanpa ada tindakan yang boleh diambil, sebagaimana yang pernah ditegaskan oleh Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya. Atas kesedaran inilah kita harus menolak Comango secara keseluruhan agar kisah-kisah seperti ini tidak berpeluang menjadi realiti di Malaysia.

M Syahrul Fitri Zawawi 
Ketua Biro Tarbiyyah ISMA South Australia 2014
Pelajar PhD in Medicine The University of Adelaide Australia 



5 comments:

terbaik!

Anonymous
26 January 2014 at 10:14 comment-delete

:)

26 January 2014 at 13:33 comment-delete

Ya Allah. Moga semua ini tidak akan dibenarkan. Semoga Malaysia akan dijauhkan daripada semua tentangan dan kehendak yang mengarut ini.

26 January 2014 at 22:47 comment-delete

Kak Ida, tadi saya share entri ni kat FB. Lepas tu dapat respon daripada kawan. Dia bagi link ni. Jemput baca jugak. Panjang sikit.

https://www.facebook.com/syamirulah/posts/10202922189996935

26 January 2014 at 23:14 comment-delete

Moga dijauhkan dr benda2 yang mengarut ni..

27 January 2014 at 16:57 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ