Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



HUKUM TIDUR DALAM KEADAAN BERBOGEL

HUKUM TIDUR DALAM KEADAAN BERBOGEL


Soalan

Assalammualaikum ust dan ustz,sya ingin bertanyakan hukum sekiranya saya dan isteri saya tidur dlm keadaan berbogel dlm bilik sewaktu tidur malam? tanpa ada alasan untuk kami melakukan sedemikian, maaf atas kejahilan, saya baru mahu mendalami hukum agama.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda dan isteri diharuskan berbuat demikian dengan syarat tidak ada orang yang boleh melihatnya. Walau bagaimanapun, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya: diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya, maksudnya:

“Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
“Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
“Allah itu lebih berhak untuk dirasa malu daripada manusia.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Semoga hadith di atas dapat menjadi panduan kepada anda dan isteri di dalam persoalan yang ditanya. Wallahu 'alam.

Dan ada juga yang berkata dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya adalah Syaitan atau Jin Betina. Tidur dalam keadaan berbogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan atau Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan atau Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu. - Wallahualam


Jom dengar pula penjelasan Ustaz Azhar Idrus di bawah



5 comments:

good sharing..

13 January 2014 at 17:41 comment-delete

Terima kasih sharing..

13 January 2014 at 18:28 comment-delete

boleh amalkan ;)

Que
13 January 2014 at 19:53 comment-delete

wahhh penjelasan UAI the best eheheh
thanks kak ida :D
nice sharing!!!

13 January 2014 at 21:48 comment-delete

yang penting, sentiasa rasa malu walau takde orang kat sekeliling kita. Allahkan ada.. =)

13 January 2014 at 23:30 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ