Sebab Kenapa Perempuan Cari Kekasih Lain
Gambar Hiasan |
Kadang-kadang orang selalu cakap, perempuan ni bila dapat yang baru, yang lama dilupakan begitu saja tapi pernah tak kaum lelaki berfikir kenapa kaum perempuan selalu cari lain? Dibawah ada beberapa sebab kenapa perempuan cari lain :-
1) Perempuan Tidak Suka Lelaki Selekeh
Sesetengah lelaki sekarang jenis yang suka tangkap muat saja. Tak kisah apa yang dipakai, apa fikiran orang tentang pemakaian dia. Jenis yang tak kisah. Betul kalau dah sayang terima saja pasangan tanpa komen tapi kalau dah keluar dating pakai selipar cap jepun, alamatnya semua gelak lah.
2) Perempuan Tidak Suka Lelaki Kedekut
Haa yang ini pun menjadi salah satu sebab kenapa perempuan cari lain. Dalam membina hubungan adatlah berkongsi duit. Ini tidak semuanya berkira, dari duit makan, isi minyak atau duit parking, semuanya nak pinjam duit pasangan, kononnya hujung bulan bayar tapi hanya dibibir saja tunainya tidak. Memang harus diakui hanya segelintir sahaja yang bersifat begini tapi yang segelintir ini juga yang selalunya senang mendapat kekasih, Jadi macam mana ?
3) Perempuan Tidak Suka Lelaki Ego
Percaya atau tidak, majoriti perempuan lebih suka tunjuk cemburu pada pasangan tapi lelaki lebih suka biar dan akhirnya ego yang naik meninggi mengalahkan Gunung Everest. Bila dah ego tinggi, macam-macam lah kata-kata cacian, hinaan, tuduhan yang keluar dari mulut dan ada yang sampai memutuskan hubungan tanpa sebab dan dibiarkan pasangan begitu saja. Adakah itu dikatakan lelaki yang baik? Sebab itu perempuan jarang mendekati lelaki yang pada mula hubungan sudah menunjukkan ego.
4) Perempuan Tidak Suka Lelaki Yang Tidak Bertanggungjawab
Sebenarnya istilah tanggungjawab ini besar maksudnya. Tanggungjawab pada keluarga, pada kerjaya, pada kawan-kawan dan paling penting pada TUHAN. Tanggungjawab itu bukan saja pada hubungan yang dibina tetapi pada pasangan yang tercinta. Jika benar sudah suka, rasanya sifat ini menjadi kebiasaaan dalam diri sang jejaka.
5) Perempuan Tidak Suka Lelaki Yang Sering Lewat Untuk Temujanji
Ini adalah sebab yang utama kenapa perempuan cari lain. Lelaki mesti lambat untuk temujanji. Kalau janji pukul 12.00 tengahari, pukul 1 baru sampai. Kalau sekali dua tak apalah tapi kalau dah hari – hari lambat, makin lama makin bosan juga. Agak-agaknya lah kan, lelaki ni awal bila first dating saja, yang lain-lain?
Haha sama-samalah kita fikirkan.
Sumber dari facebook
1 comments:
wah....bukan main algi
Post a Comment