GAMBAR: Ketua Polis Kedah ‘Sempoi’ Jaga Trafik
Tahniah diucapkan kepada Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim yang berjaya menunjukkan kepimpinan melalui tauladan dengan baik.
Dalam gambar di atas, walaupun berjawatan tinggi Ahmad dirakam tidak kisah untuk mengambil tugas mengawal lalu lintas.
Difahamkan kesudiannya menjalankan tugas ini dilakukan ketika PDRM Kedah melakukan konvoi ke Lumut, Perak berhenti rehat di Plaza Tol Sg Dua Arah Selatan baru-baru ini.
Ahmad mula bertugas sebagai Ketua Polis Kedah sejak 16 Disember 2010 menggantikan Datuk Syed Ismail Syed Azizan.
Teringat pula akan gambar DYMM Sultan Brunei ni yang suatu ketika dulu dikatakan pernah mengawal lalulintas apabilanya salah seorang motor pengiringnya kemalangan.
Tapi bagi Ida, mereka kedua-duanya samada Ketua Polis Kedah atau pun Sultan Brunei, mereka bukanlah secara total mengawal lalulintas mungkin secara kebetulan mereka berada berhampiran lokasi berkenaan nampak macam sedang mengawal lalulintas tapi sebenarnya tidak....
2 comments:
Elok la begitu..
layankan aje...:)
Post a Comment