Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Golongan LBGT Berisiko Alami Hepatitis

Golongan LBGT Berisiko Alami Hepatitis



KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengingatkan pengamal seks bebas serta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai golongan berisiko tinggi menghadapi jangkitan hepatitis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan itu boleh mengundang penyakit merbahaya seperti hati kronik, sirosis hati atau kanser hati.

“Penagih dadah dan mereka yang kerap bertukar-tukar pasangan seksual seperti pelacur juga berisiko menghadapi hepatitis.

“Oleh itu golongan ini digalakkan supaya mendapatkan ujian saringan sebagai langkah pencegahan,” katanya melalui satu kenyataan media bersempena sambutan Hari Hepatitis Sedunia yang akan disambut pada 28 Julai ini.

Noor Hisham berkata, sambutan Hari Hepatitis Sedunia antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai mengenai penyakit tersebut.

Beliau turut memaklumkan tema pada tahun ini adalah “Hepatitis. Kenali ia. Hadapinya”.

Menurutnya, tema itu kerana jangkitan atau status hepatitis seseorang tidak diketahui sehingga mereka menjalani ujian saringan atau mendapat gejala penyakit itu. – mynewshub.my


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ