Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gemar Muat Naik Gambar Sendiri, Selebriti Wanita Layak Digelar Kaki Selfie



Gemar memuat naik gambar berselfie, mari kita lihat siapakah gerangan selebriti yang layak digelar ratu selfie.

Semakin ramai anak muda termasuk golongan selebriti yang tidak ketinggalan memuat naik gambar mereka berselfie di laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram masing-masing.

Menurut Oxford Dictionaries, perkataan 'selfie' ini merupakan perkataan yang kerap digunakan sejak tahun lepas dan penggunaan istilah tersebut dikatakan mencapai lebih 17,000 peratus sejak beberapa bulan yang lalu.

Selfie membawa maksud gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon pintar, tablet mahupun webcam dan dimuat naik ke dalam laman web.

Terbaru, fenomena mengambil gambar sendiri bersama sanak saudara mahupun rakan taulan telah diperhebatkan lagi dengan kemunculan 'monopod' iaitu tempat meletakkan telefon bimbit yang boleh dilaraskan jarak objeknya daripada lensa.

Laman media sosial sangat membantu mempopularkan perkataan tersebut dengan menggunakan 'hashtag selfie' (#selfie) oleh pengguna laman sosial berkenaan termasuk para selebriti tanah air.

Antara selebriti wanita yang gemar memuat naik foto yang diambil oleh mereka sendiri adalah:

Siti Nurhaliza

Diva yang sentiasa tampil senyumannya yang menawan, Dato' Siti Nurhaliza seringkali melayani karenah peminatnya di laman sosial Instagram dengan memuat naik beberapa keping gambar setiap hari. Siti di antara selebriti wanita yang kekal aktif di laman sosial itu dengan memenuhkan lamannya itu dengan gambar selfie sendirian mahupun bersama rakan dan suami tercinta, Datuk Khalid Mohd. Jiwa. Penyanyi bersuara emas ini sibuk memeriahkan acara majlis hiburan seperti majlis setiausaha yang menggandingkan dirinya bersama pelawak terkenal Zizan dan sudah pun menunaikan impiannya dengan menghasilkan koleksi tudung sendiri hasil kerjasama bersama jenama tudung ternama, Ariani.


Lisa Surihani

Isteri kepada pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim ini juga tidak melepaskan peluangnya berkongsi gambar menarik melalui laman Instagramnya. Gemar berselfie bersama suami tercinta, Lisa turut menghiburkan pengikut dan peminat dengan aksi selfienya yang bersahaja. Aktres yang pernah berganding bahu bersama Aaron Aziz dan Maya Karin menerusi filem terkenal, "Ombak Rindu" ini telah muncul dalam program hiburan popular, "E! News Asia" yang mana Lisa merupakan artis Malaysia pertama yang ditampilkan dalam program tersebut.


Nora Danish

Pelakon jelita, Nora Danish memang terkenal dengan koleksi gambar selfienya yang dimuat naik di laman sosial. Kerap memuat naik gambar bersama putera sulungnya, Rayqal serta jejaka yang digosipkan menjalinkan hubungan percintaan dengannya, Nedim Nazri. Selain gambar dirinya sendiri, aktres yang dilahirkan pada 7 Mac 1982 ini juga gemar mengemas kini media sosialnya itu dengan gambar-gambar menarik sekitar percutiannya di dalam mahupun luar negara.


Shila Amzah

Penyanyi kebanggaan tanah air, Shila Amzah gemar memuat naik gambar selfie tidak kira di mana sahaja dirinya berada sama ada di Malaysia mahupun di China. Pemenang tempat ketiga pertandingan "I Am a Singer" ini semakin cemerlang langkahnya di negara tembok besar itu dan berharap para peminat sentiasa mendoakan kejayaannya di sana. Shila bakal sibuk dengan persiapan album terbaru dan dua konsertnya yang akan diadakan di Shanghai, China dan Kuala Lumpur, Malaysia.

Hanis Zalikha

Penulis blog terkenal menerusi laman blognya, inibelogsaya.blogspot.com sering bergambar selfie dan mempamerkannya di dalam blog mahupun laman sosialnya. Lebih dikenali kini sebagai seorang pelakon dan pengacara, Hanis pernah digosipkan bercinta bersama pelakon, Hairul Azreen. Gemar berkongsi pelbagai tips menarik di laman blognya, Hanis turut memberitahu kepada para pembacanya mengenai tempat makan yang menarik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Sumber: 
Tupai.com.my


4 comments:

siti n nd memng kaki selfie..sbab flow insta diorg he..he

20 May 2014 at 08:16 comment-delete

dato siti dah kurus la... runcing muka dia

20 May 2014 at 08:35 comment-delete

muka2 selfie..:)

20 May 2014 at 10:10 comment-delete

Asalkan tahu menjaga batas..alhamdulillah..

20 May 2014 at 11:34 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ