AMARAN! NASI KANDAR BOLEH MENYEBABKAN ANDA POSITIF DADAH!
Sebelum ini, KedahNews.com ada mendengar khabar angin mengatakan dalam penghasilan nasi kandar terdapat penggunaan dadah di dalam masakan itu yang mengakibatkan pengemar nasi kandar berasa ketagih untuk menikmatinya setiap hari.
Ini kerana penyediaan untuk membuat nasi kandar dikatakan menggunakan kas-kas yang juga sejenis biji popi yang digunakan dalam penghasilan dadah untuk memasak masakan itu.
Ternyata khabar angin mengenai perkara itu benar apabila Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor, Alias Jaafar berkata, ujian yang dilakukan oleh anggotanya sendiri mendapati kandungan rempah di dalam penghasilan nasi kandar sememangnya boleh mengakibatkan kandungan air kencing menjadi positif dadah.
Alias berkata, ujian yang dilakukan oleh lima orang anggota AADK mencatatkan kesemua kandungan air kencing mereka positif dadah selepas mengambil makanan itu.
Justeru itu, dia menasihatkan kesemua pengemar nasi kandar berhati-hati kerana bimbang sekiranya mereka yang baru menikmati makanan itu akan ditahan dalam sekatan jalanraya kerana positif dadah ketika ujian air kencing dijalankan terhadap mereka.
Bagi KedahNews.com, pihak AADK dan pihak berkuasa harus berbincang mengenai pemasalahan ini kerana bimbang kesannnya terhadap masyarakat sekiranya ditahan ketika sekatan jalanraya diadakan di mana berkemungkinan mereka terdedah atas dakwaan penyalahgunaan dadah.
1 comments:
biasalah popi.dah tau lama dah tp entah la kenapa baru sekarang kerajaan buat kecoh padahal mende ni dah lama.dorang xamik ingtan kot..dok sibuk`daun ketum jerk
Post a Comment