GEMPAR!!! JET PERIBADI DENGAN JALUR GEMILANG DIKESAN BERADA DI ISRAEL!!
Dalam satu perbualan di laman forum cari.com.my, kami sedang meneliti beberapa kemaskini peserta forum berkaitan satu teori terbaru berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lepas.
Bagaimanapun satu kemaskini menunjukkan sebuah pesawat peribadi VIP dengan bendera Malaysia tertera di bahagian ekornya amat menarik perhatian.
Pesawat itu dengan nombor pendaftaran ***39T telah dirakam berada di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel pada 25 November 2010 oleh jurugambar penerbangan dengan nama 4x6zk yang juga ahli kepada pasukan Four X-Ray Team di Israel.
Pemeriksaan lanjut mendapati di ekor pesawat berkenaan memang tertera lambang bendera Malaysia berkenaan dan bukannya gambar yang diedit dengan diletakkan bendera Jalur Gemilang itu.
Pesawat jenis Gulfstream G450 itu dari maklumat pendaftarannya di miliki oleh sebuah syarikat di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat dan boleh membuatkan 22 orang penumpang.
Pendaftarannya dilihat masih sah sehingga kini apabila ia dikatakan akan tamat tempoh pada November tahun depan, menurut laman web penerbangan FlightAware.com.
Pemeriksaan lanjut juga mendapati banyak gambar pesawat sama dikesan berada di beberapa lapangan terbang di Malaysia antaranya Lapangan Terbang Bintulu Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan paling kerap berada di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
Kali terakhir ia dikesan ialah di Subang pada Februari tahun ini tetapi tiada Jalur Gemilang di bahagian ekornya.
Persoalan timbul apabila pesawat yang sama dilihat berada di lapangan terbang antarabangsa utama Tel Aviv.
Gambar pesawat berkenaan diperolehi di laman web perkongsian berkaitan penerbangan JetPhotos.net dari pelbagai jurugambar.
Amat diharap, pihak berkaitan yang menggunakan pesawat dengan bendera Malaysia ini membuat penjelasan mengapa ia berada di Israel. - Mynewshub.cc
2 comments:
kenapa perlu ditutup pangkal awal nombor pendaftaran
kalau betul, tunjukkan ajelah ye dak
kita semua mahukan kebenaran
Macam2
Post a Comment