Calitan Biru Di WhatsApp Petanda Mesej Sudah Dibaca
Lihat sahaja hari ini, betapa kita amat memerlukan teknologi bagi membantu memudahkan urusan seharian khususnya dalam soal komunikasi Kemodenan teknologi semakin hari semakin rancak dengan pelbagai penemuan baru yang memberi seribu kebaikan.
Tiada siapa mampu menolak teknologi yang memberi pelbagai faedah termasuk penjimatan. Rata-rata masyarakat Malaysia sendiri mampu memiliki telefon pintar dan pastinya WhatsApp, antara aplikasi wajib untuk berhubung.
Terbaharu, jika anda adalah pengguna tegar aplikasi ini pastinya sedar akan kewujudan warna biru yang secara tiba-tiba muncul baru-baru ini.Pasti ia membuatkan anda tertanya-tanya bukan?
Sebelum ini hanya dua tanda kelabu sahaja yang muncul bagi menunjukkan mesej anda telah sampai pada telefon bimbit penerima.Bagaimanapun, tak dapat dipastikan sama ada mesej tersebut telah dibaca atau tidak.Namun kini, pihak pengurusan WhatsApp telah melakukan penambahbaikan di mana, tanda biru diwujudkan sebagai bukti bahawa penerima sudah membaca mesej yang dihantar.
Yang kelakarnya, pengguna sosial meluahkan bahawa perubahan sebegini sebenarnya boleh membawa kepada punca-punca pergaduhan.Aik, macam itu pulak! Kenapa agaknya yer?
Iyelah, siapa yang tak bengang dan marah kalau penat-penat menaip berjela-jela mesej, kekasih hati dah baca tapi buat dek pulak kan!Lebih menarik, ada yang meminta semoga WhatApps menambah pembaharuan iaitu menunjukkan simbol “typing with others” supaya senang mengetahui jika pasangan kita sibuk melayan orang lain.
Sebelum ini, pemberitahuan ‘last online’ pada WhatsApp turut dikaitkan dengan punca pergaduhan antara pasangan kekasih namun ia kemudiannya boleh disembunyikan melalui setting pada bahagian ‘privacy’.
Apa pun, semoga pembaharuan ini disukai oleh rakyat Malaysia yang menggunakan WhatsApp!
Sumber
0 comments:
Post a Comment