GEREJA MENJADIKAN "HANTU" SEBAGAI TARIKAN PELANCONG
Semasa kecil kita diberitahu kalau nampak hantu bacalah surah. Kalau tak boleh blah jugak larilah ke masjid kerana syaitan takut dengan masjid. Well this is proven to be false pasal banyak sahaja cerita pocong bergolek atas bumbung surau dan penampakan sosok misterius dalam ruang solat. Dalam cerita barat pula hantu tak boleh masuk gereja kerana ada salib Yesus yang akan membakar mereka apabila ternampak. Di Republic Czech "hantu" digunakan bagi menarik pelancong ke Gereja St George. Gereja kurun ke 14 ini sudah daif kerana kos membaikinya adalah sangat mahal. Oleh itu artis Jakub Hadrava meletakkan figura hantu pada kerusi gereja bagi menarik pelancong yang seterusnya akan menderma kepada tabung membaiki gereja ini. Usaha beliau menggunakan teknik angker ini berjaya kerana pelancong dari Brazil, United Kingdom dan Jerman datang untuk melihat hasil seni angker beliau. Memang nampak creepy!!
0 comments:
Post a Comment