Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Doktor Terkejut Akan Keajaiban Semasa TG Nik Aziz Dirawat




Doktor juga menceritakan beberapa keajaiban yang berlaku semasa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam proses rawatan.

Demikian tulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi facebooknya petang tadi.
Menurutnya, Prof Dr berkenaan menyatakan keadaan ayahanda itu di luar daripada buku yang ditulis, itu kuasa Allah.
Perkembangan Kesihatan Ayahanda

Hari ini kami gembira kerana ayahanda lebih berselera dan makan lebih banyak. Dalam latihan rehabilitasi kali pertama pagi ini, ayahanda telah mampu duduk walaupun agak bersusah payah.

Doktor memberitahu bahawa keadaan ayahanda sudah stabil. Walau bagaimanapun ayahanda kelihatan agak keletihan. Menurut doktor, ia faktor tua dan kesan kanser yang dialaminya.

Doktor juga menceritakan beberapa keajaiban yang berlaku semasa ayahanda dalam proses rawatan. Kata prof dr, "Keadaan ayahanda di luar daripada buku yang ditulis. Itu kuasa Allah".

Semoga Allah melindungi ayahanda daripada sebarang keburukan ciptaan-Nya dan terus merahmati ayahanda di hujung dunianya dan di akhirat nanti.

Terima kasih buat rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan ayahanda. Anda semua adalah kekuatan kami keluarga buat melalui saat ini. - Harakah Daily


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ