Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



AKIBAT MENCURI KELAPA LELAKI CEDERA TERKENA GOLOK SENDIRI





Tumpat: Akibat mencuri kelapa, seorang lelaki cedera di lutut kanan terkena golok sendiri ketika ditahan penduduk kampung dalam kejadian di Kampung Kok Keli 2, Palekbang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, suspek berusia 27 tahun dikatakan bertindak agresif dengan melibas golok ketika cuba ditahan sebelum terkena lutut sendiri.
Suspek kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa dengan ambulans ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Seorang penduduk Hasbullah Ibrahim, 31, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari kebun sebelum terserempak dengan seorang lelaki yang leka mengangkut kelapa milik penduduk kampung.

Menurutnya, dia memerhatikan lelaki selama dua jam yang dilihat berulang-alik dari kebun kelapa itu mengangkut kelapa dengan guni dipercayai untuk dijual.

“Sejak beberapa bulan lalu, penduduk kampung sering merungut kehilangan kelapa akibat dicuri. Saya percaya sebelum itu, lelaki itu baru menjual kelapa dicuri dan kembali ke kebun itu untuk memunggah hasil seterusnya.

“Saya menghubungi beberapa rakan termasuk pemilik kebun itu memaklumkan kejadian itu seterusnya menangkap lelaki itu,” katanya.

“Bagaimanapun tindakannya membawa padah apabila senjata itu terkena lutut sendiri ketika bergelut dengan penduduk ketika cuba melarikan diri menyebabkan dia ditangkap dan diserahkan kepada polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tumpat Deputi Superintendan Zaharuddin Rasip mengesahkan menerima tiga laporan daripada orang ramai berhubung kehilangan kelapa di kebun masing-masing.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ