BAYAR ZAKAT LEBIH BAGUS DARI BAYAR CUKAI LHDN
ZAKAT DAN CUKAI
1. Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 terdapat peruntukan bahawa setiap mereka yang telah membayar zakat boleh dikecualikan atau mendapat pelepasan kadar tersebut dari membayar cukai pendapatan.Untuk mendapatkan pengecualian tersebut, perkara yang perlu dibuktikan ialah :
i) Pembayaran dibuktikan dengan resit yang dikeluarkan oleh pihak yang diberi kuasa untuk memungut zakat.
ii) Zakat di bayar kepada amil-amil yang diiktiraf dan dilantik oleh pemerintah.
2. Menurut Akta Cukai Pendapatan (Pindaan 2000) sekiranya seseorang individu telah membayar zakat pada 2000, maka pelepasan cukai akan diberikan pada tahun yang sama.
Terdapat dua kaedah untuk mendapat pelepasan cukai iaitu :-
i) SITUASI BAGI YANG MEMBAYAR ZAKAT SECARA TUNAI
Ahmad telah membayar zakat sebanyak RM 2,500 secara tunai pada bulan Januari tahun 2000. Ahmad kemudian menyerahkan resit zakat tersebut serta merta ke pejabat LHDN. Pihak LHDN akan membuat arahan bertulis kepada majikan untuk mengurangkan atau melepaskan cukai Ahmad untuk tahun 2000.
* resit zakat yang telah dibayar hendaklah diserahkan kepada LHDN dengan segera (serta-merta).
ii) SITUASI BAGI YANG MEMBAYAR ZAKAT SECARA POTONGAN GAJI (BULANAN)
Menurut Akta Cukai Pendapatan (Pindaan 2000) umat Islam yang membayar zakat melalui potongan gaji akan dapat mengurangkan atau menghentikan bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB) secara serta merta.
SUMBER PENOLAKAN BERDASARKAN KAEDAH B
Contoh :
a) Bulan Jun 2000
Zakat : RM 55
---------------
PCB : RM 95
Anda akan hanya dikenakan PCB sebanyak RM 40.00 (RM 95 - RM 55)
Contoh :
a) Bulan Feb 2000
Zakat : RM 55
---------------
PCB : RM 50
Anda tidak dikenakan PCB kerana telah membayar zakat melebihi jumlah PCB.
*Majikan hendaklah menghentikan atau mengurangkan bayaran PCB pekerja berdasarkan jumlah zakat yang telah dibayar.
Sumber: Pusat Zakat Negeri Sembilan
0 comments:
Post a Comment