Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Islam Larang Zikir Sambil Menari – Jakim




KUALA LUMPUR 14 April – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan supaya orang Islam tidak meniru amalan berzikir ke atas Nabi Muhammad SAW sambil menari kerana perbuatan itu disifatkan sebagai ajaran yang menyeleweng.



Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya telah mengeluarkan la­rangan tersebut dalam laman web e-fatwa menerusi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-48 pada 3 April 2000.

Katanya, dalam perbincangan tersebut, muzakarah memutuskan bahawa tariqat yang diguna pakai ketika berzikir ke atas Nabi Muhammad SAW itu adalah bertentangan dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah.

“Beberapa tahun lalu budaya berzikir sambil menari ini tersebar di Malaysia dan ketika itu Jakim telah pun mengeluarkan larangan kepada umat Islam supaya tidak terpengaruh atau me­ngikut cara ter­sebut.

“Bagaimanapun kejadian yang sama berlaku lagi, justeru Jakim menegaskan sekali lagi bahawa budaya berzikir sambil menari itu merupakan ajaran yang menyeleweng dan bertentangan dengan budaya ma­syarakat Islam di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengumuman Maj­lis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-58 di Dewan Perdana Syura Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini hari ini.

Jakim dalam kenyataannya di e-fatwa menjelaskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah yang dipimpin oleh Sheikh Nazim Al-Haqqani adalah menyeleweng dan pengamal ajaran tersebut diminta segera bertaubat.

Dalam kenyataan yang sama, Jakim turut meminta supaya semua negeri menggunakan ke­putusan fatwa itu dan mengharamkan umat Islam menggunakan ka­edah zikir tersebut ke­rana bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Tambah Othman, pi­haknya mendapati ba­caan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW dalam amalan zikir itu tidak salah, bagaimanapun penyampaian sambil menari dan menggerakkan anggota badan itu yang bercanggah dengan amalan serta ajaran Islam.

Katanya, tidak menjadi masalah jika individu perseorangan berzikir dengan cara itu tetapi adalah dilarang jika dilakukan di hadapan atau bersama-sama orang ramai kerana bimbang menjadi ikutan.






1 comments:

Mcm amalan Syiah je dgn foto pemimpin besar2 di pamerkan.

16 April 2015 at 10:54 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ