Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Usaha Mencari Serpihan MH370 Di Pulau ReunionTerhalang Kerana Letusan Gunung Berapi Dan Serangan Jerung




Usaha mencari lebih banyak serpihan Pesawat Malaysia Airlines, MH370 dari udara dikhuatiri terhalang kerana gunung berapi di Pulau Reunion, Perancis meletus.

Kerajaan di pulau itu mengeluarkan larangan memasuki kawasan di sekitar Gunung Piton De La Fournaise.

Helikopter juga diarah menjauhi kawasan tersebut selepas letusan berlaku jam 10 pagi waktu tempatan.





Pulau reunion terletak terpencil di Lautan Hindi.

Baru-baru ini sebahagian sayap pesawat disyaki penerbanan MH370 yang hilang di lautan itu lebih setahun lalu dijumpai di pantainya.

Antara yang baru ditemukan ialah botol air dari Malaysia serta negara China dan produk pencuci keluaran Indonesia.

Tahun ini sahaja Piton De La Fournaise meletus dua kali.

Pulau tersebut juga merekodkan 18 serangan jerung sejak empat tahun lalu. Empat daripada kejadian melibatkan kematian.

Admin terbayangkan bagaimana jika MH370 benar-benar terhempas di sekitar Pulau Reunion ini, bagaimana sukarnya penumpang2 ingin menyelamatkan diri dari serangan jerung2 ini? Allahuakhbar...


1 comments:

Tak dapat dibayangkan betapa sukarnya mereka..

4 August 2015 at 00:37 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ