Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Senjata-Senjata Rahsia Jerman Era Nazi!





Seringkali kita disajikan dengan kehebatan teknologi Amerika Syarikat di dada akhbar. Namun, tahukah pembaca semua bahawa teknologi yang diperolehi oleh Amerika Syarikat kebanyakkannya adalah berpunca daripada teknologi Jerman era Nazi?

Antara yang paling mudah untuk dilihat adalah pembinaan roket Apollo yang digunakan oleh Neil Amstrong dan rakan-rakannya dalam misi ke bulan pada tahun 1969. Roket Apollo yang dibina oleh jurutera dan saintis Amerika Syarikat telah diselia sepenuhnya oleh seorang bekas jurutera dan saintis Jerman era Aldolf Hitler iaitu Werner von Braun. Rekabentuk Apollo saling tidak tumpah seperti rekabentuk roket V2 ciptaan beliau semasa Perang Dunia Kedua.



V-2 ciptaan Warner von Braun.



Apa yang penulis ingin tekankan untuk artikel kali ini adalah kehebatan teknologi Jerman yang mana mereka telah mempelopori pelbagai bidang teknologi semasa Perang Dunia Kedua. Ia termasuklah penyelidikan berkenaan Bom Atom, Jet pejuang terpantas, jet pejuang tidak terkesan radar, senjata api yang praktikal dan banyak lagi.



1. Karl Great

Dicipta oleh Rheinmetall. Dengan menggunakan peluru mortar seberat 2 tan, ia mampu memusnahkan sebuah bangunan dengan sekali tembakan. Ia dicipta pada 1941 hingga 1945 dengan 7 buah kesemuanya. Namun, setelah perang dunia berakhir, senjata bersaiz mega ini hanya tinggal sebuah sahaja dan ia dipamerkan di muzium perang di Rusia.

Karl Great



2. Schwerer Gustav dan Dora

Schwerer Gustav and Dora adalah nama bagi senjata rahsia Jerman bersaiz mega yang menggunakan jalan kereta api untuk memudahkan ia untuk digerakkan. Sepertimana Kart Great, Schwerer Gustav and Dora menggunakan peluru seberat 7 tan dan mampu mencapai lonjakan sejauh 37 km.! Senjata mega milik Nazi Jerman ini mampu memusnahkan mana-mana benteng pertahanan dan ia digunakan sepenuhnya semasa Operasi Barbarossa di Rusia. Ia juga pernah digunakan sebagai mesin pemusnah ketika Battle of France. Senjata yang dicipta oleh Kumpulan Krupps pada 1930 ini akhirnya jatuh ke tangan pihak Amerika Syarikat setelah Jerman kalah perang pada 1945. Namun, akibat beratnya yang mencapat 1350 tan itu, pihak Amerika Syarikat terpaksa memusnahkan senjata mega ini kerana bimbang sekiranya senjata ini jatuh ke tangan Red Army(tentera Rusia Komunis). Schwerer Gustav and Dora tidak meninggalkan sebarang petanda wujudnya ia melainkan gambar-gambar dan petikan filem serta video perang dunia kedua.



Schwerer Gustav and Dora



3. Wind Cannon

Sebuah lagi senjata pelik yang dicipta semasa era Nazi. Miskipun tiada kesan hebat yang diberikan semasa tentera Jerman menggunakan meriam angin ini, namun kajian saintifik berkaitan Wind Cannon cukup mengagumkan. Dalam satu eksperimen, papan yang mempunyai ketebalan 25mm patah apabila ditembakkan menggunakan Wind Cannon sejauh 200meter. Ia dicipta untuk memusnahkan jet pejuang musuh yang memasuki ruang udara Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Ia pernah ditempatkan di jambatan yang merentasi Elbe namun tiada keputusan yang memberangsangkan pernah dicatatkan.



Wind Cannon



4. V3: Hochdruckpumpe

Sebelum V3, saintis Jerman telah terlebih dahulu mencipta senjata rahsia mereka iaitu V1 dan V2. Namun, V3 tidaklah seperti V1 dan V2 yang merupakan sebuah roket pemusnah akan tetapi, V3 adalah meriam bersaiz mega yang mampu memusnahkan apa sahaja yang berada dalam targetnya. V3 yang mempunyai saiz sepanjang 140 meter ini mampu memberi lonjakan kepada peluru yang seberat 140 kg sejauh 165 km.!

Pembinaan V3 bermula pada tahun 1943 di Mimoyecques, Perancis di sebuah bunker. Namun ia telah dimusnahkan oleh bom yang dijatuhkan oleh pakatan berikat selepas rahsia berkenaan pembinaannya tersebar melalui agen risikan mereka. Walaubagaimanapun, V3 bersaiz sederhana(45 meter) telah dibina di Antwerp, Belgium dan Luxembourg dan berjaya digunakan bagi membantu sistem serangan Jerman pada tahun 1944.



V-3



5. Silent Dart

Sebuah lukisan pensil ditemui pada Julai 1945 di Reich Chancellery, Berlin semasa Jerman telah pun tumbang pada kuasa Berikat semasa Perang Dunia Kedua. Lukisan itu memaparkan sebuah jet pejuang yang dilengkapi dengan bom yang berbentuk dart. Bom itu dipercayai mempunyai berat yang boleh mencapai 1000kg. Kelajuan pesawat itu juga dikatakan mampu membinasakan targetnya dengan kelajuan yang mampu mencapai 700mph.!



Silent Dart



6. Schallkanone

Senjata pelik ini dikenali Schallkanone. Senjata ini mampu menghasilkan gema bunyi yang mencapai beribu decibel yang mampu membuatkan gegendang telinga tentera musuh pecah.


Schallkanone



7. Henschel HS293

Sebuah lagi senjata rahsia Jerman Nazi iaitu Henschel HS293. Henschel HS293 adalah sebuah roket pemusnah kawalan radio udara ke darat. Ia dicipta oleh seorang saintis Jerman berbangsa Austria yang bernama Herbert A. Wagner. Wagner adalah salah seorang saintis yang pertama dibawa ke Amerika Syarikat setelah Perang Dunia Kedua berakhir semasa Paperclip Operation.

Projek pembinaannya mula dijalankan sekitar tahun 1939 lagi. Roket ini dipasang secara berpasangan dengan sebuah jet pejuang Lutwaffe dan apabila ia mula terbang menghampiri targetnya, ia mula dilepaskan dan dikawal menggunakan kawalan radio persis seperti roket pemusnah pada masa kini. HS293 pernah memusnahkan beberapa buah kapal perang milik kuasa Berikat seperti HMT Rohna yang mengorbankan kira-kira 1000 orang tentera marinnya. Antara kapal-kapal perang lain yang turut musnah dibom menggunakan roket pintar ini adalah HMHS Newfoundland, HMS Jervis, USS Prevail dan banyak lagi.


HS 293

Itu baru beberapa senjata yang berjaya didedahkan oleh para pengkaji Perang Dunia Kedua. Dipercayai bahawa Hitler dan para saintisnya masih bergiat untuk melakukan kajian yang lebih besar sekitar tahun 1944 sehingga 1945. Malah, sejarah sering mengatakan bahawa radar mula dicipta oleh saintis daripada Great Britain. Akan tetapi, hakikatnya tidaklah sebergitu. Sebenarnya, radar(yang ketika itu tidak dikenali sebagai radar) telah pun ditemui dan dipelopori penemuannya oleh seorang saintis berbakat daripada Jerman, Christian Huelsmeyer pada 1905- Lama sebelum Robert Watson-Watt, seorang warga Scotland menciptanya pada 1935.



Christian Hulsmeyer

Ramai mempercayai bahawa Hitler telah berjaya mencipta pesawat futuristik namun ia belum mencapai kepada proses pembinaan prototaip. Ketika perang dunia berakhir, pihak berikat banyak memungut hasil perang yang bebentuk ‘blue print’ yang mana ia adalah proposal akhir kepada pembinaan senjata dan pesawat tentera. Antara yang dijumpai adalah blue print bagi pesawat ala stealth bomber. Seperti Stealth Bomber yang dicipta oleh Amerika Syarikat hanya pada dekad 90-an, pesawat yang ‘mungkin’ dicipta Nazi ini juga mempunyai sistem pengebom dan anti-radar yang cukup mengagumkan.

Jika ditakdirkan bahawa Jerman berjaya mengalahkan Pakatan Berikat, nescaya teknologi yang ada pada hari ini jauh lebih canggih. Ramai berkata bahawa ketika Jerman kalah, teknologi di seluruh dunia terkebelakang selama satu abad.! Antara pembaca percaya atau tidak, ia terpulang kepada anda semua untuk menilainya. Atas semua bukti yang diberikan dalam bentuk data dan gambar, penulis tidak ragu-ragu mengenai kehebatan Hitler memimpin Jerman dan juga kehebatan saintis Jerman mempelopori sains dan teknologi.


V-1, pesawat semi-automatik berkawalan transmisi radio.




1 comments:

Saya minat baca info sebegini. TQ admin

18 November 2015 at 10:30 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ