Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



AIR HERBA AJAIB PAK NUAR



Air Herba Ajaib @ Air Herba Mujarab Pak Nuar cawangan Durian Tunggal Melaka. Kalau datang Melaka ambil lah peluang untuk singgah merasa serta menikmati air mujarab teratak adik Pak Nuar yang terletak di Kg Ulu Seraja, Durian Tunggal. Sampai di Durian Tunggal anda terus sahaja menuju ke Parit Melana, di situlah simpang untuk ke Teratak Adik Pak Nuar di Kg Ulu Seraja. Sampai ke Parit Melana perlahankan kenderaan anda untuk mencari banner petunjuk arah untuk ke Teratak Adik Pak Nuar kira2 3km dari tepi jalan besar.



Istimewanya teratak adik Pak Nuar ini, anda akan di hidangkan dengan air herba mujarab panas dan segar secara percuma dan minumlah seberapa banyak yang anda mahu. Benar... ia disediakan secara percuma tetapi jika anda mahu menyumbang atau bersedekah tabung ada disediakan di situ, tiada paksaan. Dermalah seikhlas hati.


Air herba ajaib ini dikatakan dapat merawat dan menyembuhkan bermacam2 penyakit termasuk kanser, gout, kencing manis, darah tinggi, strok, jantung, batu karang dan lain2.

Untuk peringatan, anda dinasihatkan supaya membawa termos/bekas air panas kerana air herba ini boleh di bawa balik. Namun begitu di sana terdapat orang menjual termos tetapi berkemungkinan besar harganya melambung tinggi berbanding harga di luar.

Yang menariknya bukan bangsa melayu sahaja yang percaya dengan air herba ajaib ini tetapi juga bangsa cina dan india. Mereka datang dengan membawa termosnya sendiri untuk di bawa balik, ini memberi makna bahawa mereka datang bukan buat pertama kali.





Orang ramai di bawah ini sedang menikmati air herba ajaib Pak Nuar. Selain tempat duduk meja dan kerusi, cawan dan cerek juga di sediakan. Anda hanya perlu datang duduk dan minum sahaja untuk menyembuhkan penyakit dan kesihatan anda.








Namun setiap ubat ubatan ini mesti ada pantang larangnya. Begitu juga dengan air herba ajaib Pak Nuar ini, anda di larang memakan ikan pari dan air nescafe sepanjang anda mengambil air herba ini. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang mampu menyembuhkan kita dari segala penyakit serta musibah. Kita sebagai hambanya hanya mampu berusaha dan berdoa. Wallahualam...







0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ