Desa Yang DiHuni Oleh Ratusan Ribu Ular
Lubang-lubang ular di Narcisse (Narcisse Snake Pits) terletak 6 km sebelah utara dari luar bandar Narcisse di wilayah Manitoba di Kanada. Lubang-lubang ini dihuni oleh kepekatan terbesar dari ular jenis red-side Garter (Thamnophis sirtalis parietal) di dunia.
Seperti yang dikutip dari versesofuniverse.blogspot.com, Selama musim dingin, ular-ular ini berhibernasi di dalam gua-gua bawah tanah yang dibentuk oleh air di kawasan berbatu kapur. Tak lama selepas salji mencair pada akhir April dan awal Mei, puluhan ribu ular tersebut merayap keluar dari sarang-sarang batu kapur dan melepak di permukaan tanah melakukan ritual kawin mereka dalam tumpukan kusut yang besar.
Ular jantan biasanya yang pertama bangun dari hibernasi musim sejuk yang panjang dan mencapai permukaan terlebih dahulu, kemudian mereka menunggu dengan sabar para ular betinanya keluar. Setelah para ular betina merayap keluar dari gua, para pejantan yang haus seks ini menerkam betina-betina untuk mengahwini mereka. Sebanyak 50 atau lebih ular jantan menyerbu seekor ular betina membentuk 'bola' besar ular yang menggeliat dan saling membelit. Bola-bola ular-ular kawin ini terbentuk di mana-mana - di sisi tebing, di tanah, ranting pohon, dan pada tanaman. Beberapa bola ular perlahan-lahan bergolek seperti bola benang kusut. Profesor Mason, seorang profesor zoologi dari Oregon State University menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya ada 35.000 ular pada satu lubang sahaja dan lebih daripada 250,000 di wilayah yang lebih luas.
Ada empat sarang ular aktif di Wildlife Management Area Narcisse. Sarang-sarang ini dihubungkan oleh jalan sepanjang tiga kilometer untuk digunakan para pelancong. Pelancong datang dari seluruh dunia untuk melihat tontonan ini dari platform pemerhatian yang dibina di sebelah sarang, seperti yang dilakukan oleh banyak saintis untuk mempelajari makhluk-makhluk non-berbisa.
Penduduk ular garter sisi merah di sekitar Narcisse adalah kira-kira 70,000 ekor, sehingga cuaca buruk pada tahun 1999 melanda daerah ini yang mengorbankan puluhan ribu ular-ular ini sebelum mereka boleh mencapai sarang musim sejuk mereka. Tragedi ini mencetuskan kebimbangan tentang jalur penghijrahan dua tahunan dari ular-ular ini, yang memotong tepat di seberang Highway 17. Setiap tahun, kira-kira sepuluh ribu ular yang ingin kembali atau pergi dari sarang musim sejuk mereka, mati dilanggar roda kenderaan. Hal ini tidak menjadi masalah sebelum ini, kerana populasi ular ini yang cukup besar. Selepas musim sejuk tahun 1999, bagaimanapun, populasi ular garter menjadi sangat rendah, menyebabkan Manitoba Hydro dan para sukarelawan untuk ikut turun tangan.
Pagar salji tinggi dibina untuk memaksa ular merayap melalui terowong yang dibuat di bawah Highway 17. Sejak beberapa ular masih berjaya menerobos pagar dan melintasi jalan, rambu-rambu bagi penunggang juga dipasang di pinggir jalan selama musim migrasi, memberi amaran kepada para pemandu untuk memperlahankan kenderaannya atau mengelakkan ular-ular yang menyeberang jalan. Langkah-langkah ini cukup berjaya, dan sekarang hanya kurang dari seribu ular per musim tewas di jalan raya.
Jom saksikan video dibawah
0 comments:
Post a Comment