PETRA JORDAN
Petra (Greek "πέτρα" (petra), bermaksud batu; Arab: البتراء, Al-Batrāʾ) adalah sebuah kota bersejarah dan arkeologi yang terletak di Ma'an, Jordan. Ia terkenal dengan gaya senibina potongan batu dan sistem saluran air. Nama lain bagi kota ini adalah Kota Mawar kerana warna batu yang di mana ia diukir.
Ditubuhkan mungkin seawal 312 SM sebagai ibu kota bagi Nabatea, ia menjadi simbol kepada negara Jordan dan menjadi kawasan tarikan ramai pelancong.[1] Petra terletak di cerun Gunung al-Madhbah (dikenal pasti oleh sesetengah pihak sebagai Gunung Hor) di lembangan antara pergunungan yang membentuk sisi timur Arabah (Wadi Araba), lembah besar yang merentang dari Laut Mati ke Teluk Aqaba. Petra telah dipilih sebagai Tujuh Keajaiban Baru Dunia pada tahun 2007 dan Tapak Warisan Dunia sejak tahun 1985. Petra juga dipilih oleh BBC sebagai satu daripada "40 tempat yang anda mesti lihat sebelum mati".
Tapak ini tidak diketahui oleh Dunia Barat sehingga tahun 1812, apabila ia diperkenalkan oleh seorang penjelajah Switzerland Johann Ludwig Burckhardt. Ia diperincikan sebagai "a rose-red city half as old as time" oleh seorang pemenang soneta Hadiah Newdigate iaitu John William Burgon. UNESCO memperincikan ia sebagai "satu harta budaya paling berharga dari warisan kebudayaan manusia.
Photos by Ateeq Ahmed Siddiqui
1 comments:
Laba vietne : Zonahobisaya
Laba vietne : One Piece
Laba vietne : Zonahobisaya
Laba vietne : Zonahobisaya
Laba vietne : Zonahobisaya
Laba vietne : Sinopsis Film Terbaru
Laba vietne : Zonahobisaya
Laba vietne : Zonahobisaya
Post a Comment