Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Fakta Yang Disembunyikan Nasa Berkaitan Malam Lailatul Qadar



Fakta Yang Disembunyikan Nasa Berkaitan Malam Lailatul Qadar


Tahukah anda malam Lailatul Qadar telah ditemui oleh NASA? Berikut adalah rupa bagaimana NASA menemui malam Lailatul Qadar tersebut.

Fakta Malam Lailatul Qadar

Disembunyikan NASA – Lailatul Qadar merupakan malam yang sangat istimewa dimana pada malam tersebut lebih utama dari seribu bulan. Selama ini umat Islam hanya mempercayai kebenaran bahawa adanya malam Lailatul Qadar bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah (Hadith). Sehinggakan kita tidak begitu peduli dengan fakta-fakta ilmiah yang mungkin saja terjadi di alam semesta yang berkaitan dengan sains yang membenarkan adanya malam Lailatul Qadar.

Kehadiran malam Lailatul Qadar adalah menjadi rahsia Allah SWT. Hanya ada sedikit informasi yang disampaikan Nabi Muhammad bila akan terjadi malam yang mulia ini. Diantaranya ia terjadi pada 10 malam terakhir Ramadhan dan pada malam-malam yang bilangan harinya ganjil. Sementara ciri-ciri fizikalnya yang kita dapat lihat adalah suhunya yang sederhana (tak panas dan tak sejuk), pada waktu paginya matahari memancar dengan terang tapi tak terasa langsung bahangnya, serta di waktu malamnya yang tak kelihatan langsung bintang-bintang di angkasa.



Sebenarnya ciri-ciri malam ini sudah ditemui oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA). Tetapi mereka tidak hebahkan tentang kebenaran adanya fenomena ini untuk menghindari kepercayaan terhadap Agama Islam. Hal ini diungkapkan oleh Pengarah Lembaga Mukjizat Ilmiah Al- Quran dan Sunnah di Mesir, Dr. Abdul Basith As-Sayyid.

Abdul Basith As-Sayyid menegaskan, kurang lebih 12 tahun lalu NASA pernah menemui ciri dari malam Lailatul Qadar sama seperti yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW. Tapi sayang, perkara macam ni tak mendapat sambutan untuk melanjutkan lagi kajian oleh jutawan Arab dalam mendapatkan dana.

Kenyatan tersebut diucapkan oleh seorang pakar NASA, Carner, seperti yang disiarkan oleh akhbar Al-Wafd Mesir. Carner pada akhirnya masuk Islam dan harus meletak jawatannya di NASA kerana menceritakan kebenaran fenomena tersebut kepada akhbar Al-Wafd Mesir.

Menurut beliau, NASA menemui fenomena aneh ini pada suatu malam disebabkan tiada meteor yang jatuh ke atmosfer bumi beserta suhu udara yang sederhana. Padahal kebiasaan di waktu malam, meteor yang jatuh ke atmostfer bumi jumlah sekitar 20 meteor.

Fenomena ini bersamaan dengan hadith Nabi Muhammad SAW yang bersabda bahawa pada malam Lailatul Qadar langit kelihatan begitu cerah, tetapi tiada kerlipan bintang. Pada malam itu suhunya tidak panas dan tidak sejuk atau suhunya sederhana.

Carner juga menyatakan bahawa pada sebelah paginya NASA juga menemui matahari yang bersinar begitu cerah tetapi langsung tiada radiasi. Hal ini juga bersamaa dengan sabda Nabi bahawa pada pagi hari matahari bersinar cerah namun tidak terasa panas.

Oleh itu, mari kita fikir kembali dari manakah Nabi Muhammad SAW mengetahui semua pengetahuan tersebut? Tentunya dari Zat yang Maha Besar, Allah SWT.

Oleh sebab NASA kerap menyembunyikan fakta-fakta kebenaran tentang Al-Qur’an, mereka sering mendapat kritikan dari para pakar Islam. Namun apapun yang telah disembunyikan NASA tidaklah menjadi masalah bagi kita yang menyakini kebenaran Islam bukan dari sisi Ilmiah saja tetapi dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT juga.

Semoga dengan artikel yang bermanfaat ini boleh menambah rasa cinta terhadap agama Islam. Semoga fakta-fakta ilmiah yang telah dikaji oleh ilmuan barat yang meragukan Islam dapat membawa mereka ke jalan yang benar.

Kredit: suaramedia.org


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ