SUSAHNYA NAK CARI PAKEJ PRIVATE MURAH KE KOREA
SUSAHNYA NAK CARI PAKEJ PRIVATE MURAH KE KOREA |
Assalamualaikum wbt... Kami sekeluarga teringin sangat untuk melancong ke Korea Selatan pada bulan Mac 2018 nanti seramai 7 orang dewasa dan 1 infant.
Letih buat servey sana sini... facebook, instagram mahupun google. Rata-rata pakej murah yang ditawarkan dalam RM1650/pax untuk 6hari 5malam.
Adakah mana-mana pihak travel yang berbaik hati untuk tawarkan pakej private berharga RM1300/pax untuk kami?
Saya terpaksa memilih pakej private yang murah kerana ayah dan ibu akan turut serta.
Oleh kerana saya seorang yang akan menanggung segala perbelanjaan, maka saya merasa semua harga yang ditawarkan agak mahal.
Saya telah pun membeli tiket tambang murah AirAsia baru-baru ni berharga RM6,360 pergi dan balik untuk 7 orang dewasa dan 1 infant. Jadi sekarang saya mahu mencari pakej private yang paling murah. Kerana budjet saya hanya RM15,000 termasuk tiket flight. Bermakna pakej private yang saya termampu hanya di bawah RM1300/pax. ( Termasuk penginapan, pengangkutan, makan serta tiket-tiket masuk seperti Everland, Nami Island dan lain-lain.)
Tolong lah sesiapa ada cadangan untuk memberi pakej yang termurah anda... saya amat berbesar hati. Sila tinggalkan pesanan diruangan komen atau emel saya iida_syuhada@yahoo.com.my
Semoga Allah merahmati anda dengan rezeki yang melimpah ruah... aamin.
1 comments:
This comment has been removed by the author.
Post a Comment