Terkini!! Rakyat Malaysia ‘Menyerang’ Balas Selepas Yahudi Beritahu Boleh Musnahkan MALAYSIA Dalam 1 Saat !
Lidah pengarang Jews News cuba bermain api apabila berita mengenai kesedian tentera Malaysia untuk menyumbang peranan sewajarnya dalam isu Baitulmaqdis dijadikan bahan lawak oleh portal berkenaan.
Link ke laman facebook Jews News berserta artikel berkenaan Malaysia hancur dalam 1 saat berada di pautan terakhir artikel ini.
Lampiran berita berkenaan yang tertera tajuk ‘Tentera Malaysia bersedia untuk main peranan membantu Muslim (merujuk isu Palestin)’ disertakan dengan kapsyen ketawa, dengan kenyataan ‘kami boleh hancurkan Malaysia dalam satu saat’ ternyata ibarat mencurah api hinggakan berlakunya perbalahan lidah antara dua negara.
Jelas Engku Shaharin , tentera Zionis Israel hanya berani menyerang rakyat Palestin tetapi takut untuk berhadapan dengan tentera Hamas.
“Kau ibarat anak-anak kecil, yang penakut,” tulisnya membalas kenyataan persendaan berita berkenaan.
Sementara itu menurut, Nur Ant Azalea, kenyataan itu seolah-olah memperlihatkan Israel takut dengan bayang-bayang sendiri.
“Shame on u Israel!!, anda fikir anda boleh hancurkan Malaysia dalam masa satu saat, hanya bermimpi… anda tiada apa-apa tanpa AS, hanya berani dengan anak-anak kecil dan wanita,” tegasnya.
Dalam itu, berang dengan kenyataan itu, seorang warga Pakistan Abdul Basit Kiyani, menyatakan sokongan terhadap tindakan Malaysia itu.
“Malaysia tidak keseorangan kerana Pakistan bersama anda, Israel jangan lupa tentang Pakistan, kami boleh hancurkan Israel separuh saat sahaja, datanglah berlawan dengan kami, kami sentiasa bersedia,” katanya yang merujuk tajuk berita berkenaan.
Gara-gara kenyataan itu, seorang penyokong Israel Mazi Samuel O. Ukaegbu meminta Abdul Basit agar diam namun sebaliknya dia ditertawakan oleh netizen lain.
Sementara itu, Adilah Ayob Khan pula menzahirkan ucapan terima kasih ke atas Abdul Basit, Terima Kasih dari Malaysia, Israel penakut dan ia tiada apa-apa sebenarnya.
Sementara itu menurut seorang penganut Kristian pula iaitu Oldpoint Wapa menyatakan Iran boleh hancurkan Israel dalam masa beberapa jam sahaja.
Sebelum ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyatakan mereka sentiasa bersiap sedia, menunggu isyarat dan arahan daripada pucuk pimpinan dan payung negara untuk menyumbang peranan sewajarnya dalam isu Baitulmaqdis.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, negara harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung isu berkenaan.
Beliau berkata tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel merupakan tamparan hebat bagi seluruh dunia Islam.
SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/nasional/netizen-bertikam-lidah-akibat-provokasi-jews-news-1.770239
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersiap sedia, menunggu isyarat dan arahan daripada pucuk pimpinan dan payung negara untuk menyumbang peranan sewajarnya dalam isu Baitulmaqdis.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, negara harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung isu berkenaan.
“Saya yakin, sebagai Menteri Pertahanan, apa jua arahan daripada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, akan terus kami junjung.
“Panglima Angkatan Tentera (Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor) dan ATM pastinya sudah siap siaga,” kata Hishammuddin dalam ucapan pengulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Beliau berkata tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel merupakan tamparan hebat bagi seluruh dunia Islam.
“Awal minggu ini, kita dikejutkan dengan berita yang sangat membimbangkan berhubung kestabilan geo-politik dunia. Marilah kita berdoa dan terus berdoa agar konflik ini tidak membawa ke ambang kemusnahan,” katanya.
Dalam masa sama, Hishammuddin turut memohon para perwakilan untuk berdiri dan memberi tepukan gemuruh sebagai menunjukkan penghargaan kepada para perajurit negara, yang disifatkannya sebagai perwira tidak didendang, dalam mempertahankan negara.
Beliau berikrar selagi menyandang jawatan Menteri Pertahanan, dengan sokongan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, usaha membela kebajikan tentera dan veteran serta keluarga mereka akan terus dilaksanakan.
“Kedaulatan negara bukan hanya mengenai kecanggihan dan kelengkapan aset serta teknologinya, tetapi ia juga banyak bergantung kepada kesanggupan para perajurit yang berkorban jiwa dan raga.
“Kami di Kementerian Pertahanan percaya bahawa anggota tentera kita mampu melakukannya apabila mereka mengetahui keluarga yang ditinggal terjaga dan terbela,” katanya.
Hishammuddin turut berjanji bahawa selagi menjadi Menteri Pertahanan, beliau tidak akan membiarkan walaupun seinci tanah di negara ini dicerobohi dan diganggu gugat mana-mana pihak.
Beliau bagaimanapun menyelar tindakan pembangkang yang sering mempersenda dan bersandiwara sehingga hal keselamatan tidak terlepas daripada permainan mereka.
“Ini termasuk insiden Lahad Datu yang didakwa pembangkang satu sandiwara kerajaan…aset ketenteraan dan kapal selam turut diperlekeh malah hak penempatan tentera sebagai pengundi turut dipertikai.
“Tetapi apabila berlaku bencana dan huru-hara, Angkatan Tentera juga yang dicarinya,” katanya.
Beliau turut menyelar dakwaan sesetengah pihak di Pulau Pinang yang menafikan sumbangan anggota keselamatan negara dalam membantu semasa insiden banjir di negeri yang diperintah DAP itu demi agenda politik. – Bernama
SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/nasional/baitulmaqdis-atm-tunggu-arahan-pucuk-pimpinan-1.768492
Laman Facebook: Jews News – https://www.facebook.com/jewsnews/posts/1683191251724137
Notakaki: Sila baca komen komen dari Rakyat Malaysia di sana.
Sumber
0 comments:
Post a Comment