Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Asal Usul Dan Sejarah Parameswara

Asal Usul Dan Sejarah Parameswara
Kesultanan Melayu Melaka


Asal Usul Dan Sejarah Parameswara

Parameswara (1399-1401) merupakan seorang Raja Temasek yang berketurunan diraja Empayar Sampugita. Baginda memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam dalam tahun 1414.

Paduka Sri Maharaja Parameswara (1344 - c. 1414) adalah raja terakhir Singapura yang berasal dari keturunan Srivijaya. Baginda adalah anakanda kedua Sang Nila Utama dari keturunan Demang Lebar Daun iaitu pemerintah Palembang. Baginda memerintah Singapura dari tahun 1389 hingga 1398. Baginda melarikan diri dari Singapura yang pada masa itu dikenali sebagai Temasik selepas pencerobohan oleh Majapahit pada 1398 dan mengasaskan kubu barunya di muara Sungai Bertam yang juga dulunya dikenali sebagai Sungai Melaka.



Etimologi

Nama "Parameshwara" dalam bahasa Sanskrit "Parameśvara" ertinya Tuhan Yang Maha Esa. Dalam bahasa Hindi ialah ईश्वर (sebutan: īśvára). Ia merujuk kepada dewa tunggal dalam tauhid. Perkataan "Param" yang bermaksud tertinggi ditambah kepada Ishvara memperhebatkan gelaran Tuhan. Parameśvara juga merupakan salah satu daripada nama-nama Tuhan Shiva.


Ruangan iklan


Terdapat hanya satu rekod yang memberikan gambaran terperinci menceritakan tentang kerajaan di Singapura dan Melaka iaitu Sejarah Melayu yang pada masa itu dikenali sebagai Sulalatus Salatin ditulis lebih kurang pada tahun 1306. Sejarah Melayu kemudiannya disusun semula oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612.

Satu lagi rekod penting ialah buku Suma Oriental yang ditulis lebih kurang pada tahun 1512 hingga 1515 oleh Tomé Pires (1465?–1524 or 1540) sejurus selepas pihak Portugis menakluki Melaka pada 1511.

Asal Usul



Pada tahun 1399, cicit Sang Nila Utama, Dharmaraja menaiki takhta kerajaan Temasek dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara. Bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Temasek selepas serangan tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa.

Menetap di Hilir Melaka Sunting
Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Melaka untuk mendirikan penempatan baharu. Di Muar, Parameswara berhasrat mendirikan penempatan di suatu kawasan bernama Biawak Busuk tetapi diganggu oleh biawak yang terlalu banyak jumlahnya. Selepas itu, baginda memilih Kota Burok untuk dijadikan kawasan pentadbirannya, namun gagal kerana kubu pertahanan yang cuba baginda dirikan runtuh serta-merta. Setelah mendapati Muar tidak sesuai, baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara. Baginda kemudian singgah di Sening Ujong (Sungai Ujong) dan melantik seorang menteri untuk mewakilinya di sana. Kemudian baginda tiba di pinggir muara Sungai Bertam (Sungai Melaka), dan disitu telah terdapat perkampungan Orang Laut atau nelayan dari puak kaum Seletar.  Di sinilah baginda menetap.

Pengislaman

Parameswara berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Daerah Perlak dan memeluk Islam pada 1414.


Dalam bukunya berjudul The Malay Sultanate of Malacca, Profesor Dato Muhammad Yusoff Hashim daripada Universiti Malaya berkata bahawa terdapat beberapa masalah jika salasilah sultan-sultan Melaka dirumuskan dengan menggunakan Sejarah Melayu sahaja sebagai sumber. Ini kerana kandungan salinan-salinan Sejarah berlainan satu sama lain. Muhammad Yusoff juga memetik kerja Profesor Wang Gungwu dari China yang menyemak salasilah dengan menggunakan sebanyak sumber yang mungkin, terutamanya sumber-sumber China sezaman, untuk membuat semakan. Kerja Wang juga disokong oleh perjumpaan sebuah naskhah Sejarah oleh Profesor Roolvink daripada Universiti Leiden dalam tahun 1970. Muhammad Yusoff mengkhususkan enam daripada 13 bab dalam bukunya untuk membincangkan masalah salasilah dan sumber-sumber sejarah awal Melaka, terutama sekali Sejarah Melayu. Beliau berpendapat Parameswara bukan raja Melaka pertama yang memeluk Islam akan tetapi raja Melaka yang pertama memeluk Islam ialah Megat Iskandar Syah (anak Parameswara).

Sumber wikipedia

Sejarah


Menurut Sejarah Melayu, garis keturunan ayah Parameswara adalah dari Kerajaan Sriwijaya. Sang Nila Utama, penerus raja Sriwijaya, memiliki putra bernama Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386). Sri Pakerma kemudian memiliki putra bernama Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Parameswara adalah putra dari Seri Rana Wira Kerma.

Pada tahun 1025, Rajendra Chola, raja Chola dari Coromandel, sebuah kerajaan Tamil Dravida yang memerintah di wilayah selatan India hingga abad ke-13, dapat menaklukkan Kedah dari Kerajaan Sriwijaya dan menguasainya. Raja Chola meneruskan penyerangan dan penaklukannya selama 20 tahun berikutnya ke seluruh imperium Sriwijaya. Tanda-tanda kebesaran Sriwijaya di Palembang musnah. Serangan ini mengakibatkan berpindahnya keluarga kerajaan beserta para pengikutnya ke Kerajaan Melayu Kuno (Melayu Tua), yang lokasinya terletak di Provinsi Jambi sekarang.

Sejak tahun 1286, bekas wilayah Kerajaan Sriwijaya termasuk Palembang dan Jambi resmi menjadi taklukan Kerajaan Singasari. Pada tahun 1293, wilayah tersebut menjadi bagian dari Kerajaan Majapahit, kerajaan penerus Singasari. Parameswara merupakan seorang putera raja dari Palembang. Pada tahun 1390, baginda telah berkahwin dengan seorang puteri kepada Maharaja Majapahit dan menjadi pendukung setia kepada bapa mertuanya. Tidak lama kemudian, Parameswara telah mengingkari janji setianya kepada Maharaja Majapahit, yang terus menghantar panglima perangnya untuk menghalau Parameswara dari Sumatera. Parameswara melarikan diri ke Tumasek, iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya. Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Singapura dan pulau-pulau di sekelilingnya. Parameswara telah memerintah Singapura selama lima tahun dengan cara pemerintahan seumpama seorang ketua lanun.

Pada pertengahan kurun ke-14, Kerajaan Siam yang pada ketika itu sedang mengembangkan kuasa jajahannya di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu hingga ke negeri Pahang, telah gagal untuk meluaskan kekuasaannya di Singapura walaupun beberapa percubaan telah dibuat untuk menyerang Singapura. Ini adalah kerana pada ketika itu kerajaan Majapahit berada di kemuncak kekuasaannya dan kekuatannya pula ditakuti oleh kerajaaan lain di kepulauan Melayu. Beberapa negeri di sepanjang Selat Melaka termasuk Tumasek atau sekarang ini Singapura, berada di bawah kekuasaan Majapahit. Sebuah angkatan laut Jawa dari Majapahit pernah menyerang Singapura semasa pemerintahan Parameswara. Setelah mengalahkan Singapura, mereka telah kembali ke tanah Jawa. Adalah dipercayai bahawa serangan yang dilakukan oleh Majapahit ke atas Singapura bukanlah faktor kejatuhan kerajaan Singapura dan larinya Parameswara dari Singapura tetapi sebaliknya Parameswara terus memerintah kerajaannya yang semakin merosot.

Apabila Parameswara gagal menubuhkan sebuah kerajaan di dua buah tempat di Muar, iaitu di Biawak Busuk dan Kota Buruk, baginda telah membawa pengikutnya ke suatu tempat yang bernama Sening Ujung atau sekarang ini dikenali sebagai Sungei Ujong. Parameswara meneruskan perjalanannya hingga sampai ke muara Sungai Bertam, di mana baginda telah menubuhkan kerajaan Melaka dan menjadi pemerintah pertama sekitar tahun 1394. Walau bagaimanapun, pada ketika itu, Parameswara masih lagi menganut agama Hindu. Justeru, penubuhan kerajaan Melayu di Melaka merupakan kesinambungan daripada kerajaan Melayu di Singapura yang telah jatuh.

Selepas Melaka ditubuhkan, Parameswara mula membangunkan kawasan itu dan mengarahkan penduduknya untuk bercucuk-tanam dengan tanaman pisang, tebu, ubi keladi dan lain-lain tanaman sebagai sumber makanan. Baginda sendiri turut menjalankan perniagaan di Melaka. Dalam masa yang singkat, berita tentang kota Melaka telah tersebar ke seluruh Malaya, Sumatera, Jawa dan India, yang menyebabkan ramai pedagang datang ke Melaka untuk berdagang. Dua tahun selepas Parameswara membuka Melaka, penduduknya telah berkembang seramai dua ribu orang.

Tidak lama kemudian, berita tentang kota Melaka yang menjadi sebuah pusat perdagangan telah sampai ke China. Yung-Lo, Maharaja China yang memerintah dari tahun 1402 sehingga tahun 1424, telah menghantar utusannya yang bernama Ying Ching ke Melaka pada tahun 1405. Kedatangan Ying Ching telah membuka jalan dalam membentuk hubungan persahabatan di antara Melaka dan China. Pedagang-pedagang Cina mula singgah di pelabuhan Melaka dan mereka boleh dikatakan antara pedagang yang paling awal menubuh pengkalan di Melaka. Ketika perwakilan dari Melaka mengadakan lawatan hormat kepada Maharaja China, baginda telah memuji Parameswara dan mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah yang sah di Melaka. Maharaja Yung Lo kemudiannya menghadiahkan Parameswara dengan sebuah lambang kebesaran, sutera dan sekaki payung kuning sebagai tanda kerabat diraja, serta sepucuk watikah pelantikan Parameswara sebagai pemerintah Melaka. Melaka seterusnya diiktiraf sebagai sebuah kerajaan oleh Maharaja China. Perwakilan tersebut telah pulang ke Melaka bersama sebuah angkatan kapal yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ho, orang Cina yang pertama berlayar dan mengembara ke kawasan selatan ini.

Pada zaman pemerintahan Parameswara inilah, ramai orang Jawa, India, Cina, Burma dan lain-lain telah datang untuk menetap di Melaka. Pada tahun 1409, Parameswara telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Parameswara Iskandar Syah. Dua tahun kemudian, pada tahun 1411, Parameswara Iskandar Syah bersama permaisurinya, puteranya serta rombongan diraja seramai 540 orang telah berangkat ke China mengikuti Laksamana Cheng Ho untuk mengadakan lawatan hormat kepada Maharaja Yung Lo.

Pada tahun 1414, Parameswara telah mangkat dan makamnya dipercayai terletak di puncak sebuah bukit di Tanjung Tuan, yang juga dikenali sebagai Cape Rachado. Parameswara telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang maju sepanjang pemerintahanannya selama dua puluh tahun. Baginda juga telah menjalinkan hubungan yang kukuh dengan Maharaja China dengan menghantar seramai enam orang utusan/perwakilan ke China.

Sumber: https://asalusulorangmelayu.wordpress.com



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ