Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



HAID WANITA DAN UMRAH

HAID WANITA DAN UMRAH


HAID WANITA DAN UMRAH

Haid adalah fenomena biasa dalam kehidupan wanita. Kedatangannya pada setiap bulan satu daripada ciri kewanitaan tulen serta lambang kesuburannya. Haid tidak menghalang wanita daripada mengerjakan semua rukun dan wajib haji atau umrah kecuali tawaf di Baitullah.

Aisyah meriwayatkan: “Kami keluar dari Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan haji. Apabila kami tiba di Saraf, aku didatangi haid. Rasulullah SAW masuk menemuiku ketika aku sedang menangis. Baginda bertanya: Kenapa kamu menangis? Adakah kamu didatangi haid? Aku menjawab: Ya! Maka Baginda bersabda maksudnya: Sesungguhnya perkara ini (haid) sudah ditentukan Allah ke atas anak perempuan Adam. Maka, tunaikanlah apa saja yang biasa dikerjakan oleh seseorang yang mengerjakan haji, kecuali tawaf di Baitullah sehingga kamu suci. (Sahih al-Bukhari)



Berdasarkan hadis itu, amalan selain tawaf seperti berniat haji atau umrah, wukuf di Arafah, sa’ie, mabit di Muzdlifah dan melontar jamrah boleh dilaksanakan.

Berikut adalah beberapa contoh permasaalahan haid wanita:-


"ANDA DARI MADINAH DAN KITARAN HAID ANDA NORMAL 7 HARI"

Soalan 1.
Semasa di Madinah saya datang haid sudah 5 hari dan hari ke-5 jemaah akan berangkat ke Mekah untuk kerjakan Umrah pertama, haid saya lagi 2 hari akan habis (masa tu saya di Mekah) perlukah saya berniat umrah?

Jawapan 1= Perlu niat umrah, macam biasa


Soalan 2.
Semasa saya di Madinah, saya datang Haid hari ke 2 dan pada hari ke-2 jemaah akan berangkat ke Mekah untuk kerjakan umrah pertama, haid saya lagi 5 hari akan habis. perlukah saya berniat umrah?

Jawapan 2= Tidak perlu niat umrah


Soalan 3.
Saya baru hari pertama datang haid. perlukah saya berniat umrah?

Jawapan 3= Tidak perlu niat umrah


Soalan 4.
Haid saya akan datang pada bila-bila masa sahaja, semasa bermiqat perlukah saya berniat umrah?

Jawapan 4= Ya, perlu niat bersyarat


Soalan 5
Semasa di Madinah, kitaran haid saya tidar teratur, kejap suci kejap tidak. Semasa bermiqat perlukah saya berniat?

Jawapan 5=
i. kalau semasa hari bermiqat dia suci, dia perlu niat bersyarat.
II. Kalau semasa bermiqat dia tidak suci, dia tidak perlu berniat

Apa-apa pun dalam soal haid wanita sekiranya ada permasaalahan, sila rujuk dengan ustaz @ Mutawwif yang bawa jemaah atau merujuk mereka yang bersesuaian.. beberapa faktor perlu dilihat, ada sesetengah haid wanita ni tak sama kitarannya termasuk juga jumlah bilangan hari berapa lama jemaah wanita itu berada di Mekah..

Sekadar perkongsian ilmu..

Kredit kepada yang menulis diterima melalui group wasap


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ