Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



5 Wabak Maut Paling Menakutkan Dalam Sejarah.


Pada waktu wabak penyakit pandemik Covid -19 sedang melanda seluruh dunia, terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan, termasuklah mengikuti segala langkah pencegahan yang telah disenaraikan badan kesihatan, menjauhkan diri daripada himpunan awam, serta memperbanyak doa.

Namun inilah juga masa yang baik untuk kita menyemak lembaran sejarah untuk meneladani kisah – kisah hitam wabak maut yang pernah melanda manusia. Boleh jadi terdapat pelbagai pengajaran yang kita boleh pelajari daripada generasi yang lebih awal.

Berikut adalah 5 wabak maut yang paling menakutkan dalam sejarah.


1. Taun / Kolera



  • Tahun 1817 – sekarang
  • 1.3 juta – 4 juta kes setiap tahun.
  • Ratusan ribu terbunuh seluruh dunia.

Taun atau kolera adalah salah satu penyakit bawaan air dan makanan yang utama. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria. Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit. Gejala yang teruk boleh membawa maut kerana dehidrasi yang teruk.

Penyakit ini bermula di Sungai Ganges di India pada tahun 1817 dengan skala yang sangat besar. Apabila sambutan festival tamat, peserta membawa jangkitan taun balik ke rumah mereka dan menyebarkan ke tempat – tempat lain sekitar India. Ratusan ribu orang India kemudian mati akibat jangkitan tersebut.

Taun seterusnya berjangkit daripada pelabuhan ke pelabuhan. Kuman itu merebak dari tong air yang tercemar ataupun sisa kumbahan pesakit, yang selanjutnya dibawa pula oleh mereka yang lalu lalang.

Pada tahun 1820, taun merebak ke Thailand, Indonesia sehingga membunuh 100 000 orang di kepulauan Jawa sahaja. Wabak ini kemudian merebak ke China, Jepun dan Eropah.

Pandemik kolera telah berlaku sebanyak tujuh atau lapan kali sepanjang sejarah, dan walaupun kita kini miliki perubatan moden, ia tetap merupakan wabak pembunuh yang digeruni.

2. Aids.



  • Tahun 1981 – Sekarang.
  • Membunuh 35 juta orang seluruh dunia.

Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) telah membunuh lebih daripada 25 juta orang sejak ia pertama kali dikenal pasti pada tahun 1981.

AIDS disebarkan oleh Virus HIV ( human immunodeficiency virus) yang menyerang imuniti manusia, secara spesifiknya, sel CD4.

Virus tersebut merebak melalui pemindahan cecair badan seperti darah, air mani, cecair faraj, cecair anus dan susu badan. Kes terbanyak adalah penyebaran HIV menerusi hubungan kelamin yang tidak selamat, perkongsian jarum dan melahirkan anak.

Setelah beberapa tempoh, HIV membunuh begitu banyak sel CD4 sehingga tubuh manusia tidak lagi mampu melawan jangkitan dan penyakit, selanjutnya membawa kepada fasa paling teruk jangkitan iaitu AIDS. Pesakit AIDS terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.

Asal usul AIDS dianggap berpunca daripada monyet di Afrika. Berkemungkinan darah daripada monyet yang dijangkiti virus masuk ke dalam rongga luka pemburu, atau apabila pemburu memakan monyet tersebut. Sesetengah teori konspirasi mengatakan ia berpunca daripada hubungan kelamin manusia dengan monyet.

Ketika penyakit tersebut pertama kali meletus di Amerika Syarikat, ia dipanggil GRID atau gay – related immune deficiency, kerana kebanyakan jangkitannya adalah oleh lelaki homoseks.

Sehingga kini, masih tiada ubat yang boleh mengubati AIDS. Epidemik AIDS telah meragut lebih kurang 35 juta orang seluruh dunia, dan kini dianggarkan 70 juta orang menghidap penyakit tersebut.


3. Black Death (Maut Hitam)



  • Tahun 1340 – 1771
  • Membunuh 75 juta orang seluruh dunia
  • Maut Hitam, atau Wabak Hitam, merupakan antara pandemik maut paling dahsyat dalam sejarah manusia.

Ia bermula di Asia Tengah dan merebak ke Eropah pada akhir tahun 1340. Sebanyak 75 juta nyawa dianggarkan mati akibat wabak maut ini. Di Eropah saja, satu pertiga populasi manusia temui ajal mereka sehingga ia mengubah lanskap sejarah benua tersebut hingga sekarang.

Nama wabak itu datang daripada bintik – bintik hitam pada kelasi yang mengembara pada laluan Sutera dan singgah di pelabuhan Sicilian.

Mereka yang dijangkiti wabak ini mengalami simptom yang dipanggil ‘buboes’. Ia tumbuh di bahagian kulit sekitar leher, ketiak dan kelamin yang kemudian bernanah dan mengeluarkan darah. Kulit pesakit kemudian ditutupi tempelan – tempelan hitam. Kebanyakan pesakit mati empat ke lima hari setelah jangkitan, dengan kadar kematian setinggi 30 hingga 75 peratus.

Keseluruhan populasi bandar mati disinggahi wabak hitam dan dikatakan warga Eropah menghabiskan masa mereka menanam orang mati.


4. Selesema Sepanyol



  • Tahun 1918 – 1919
  • Membunuh 50 ke 100 juta orang hanya dalam masa kurang 2 tahun.
  • Menjangkiti kira – kira 500 juta orang di seluruh dunia iaitu kira – kira satu pertiga penduduk Bumi ketika itu.
  • Selesema Sepanyol adalah antara insiden paling ngeri dalam sejarah manusia, yang malangnya, dilupakan ramai orang.

Pandemik Selesema Sepanyol membunuh lebih ramai orang daripada Hitler, senjata nuklear, dan segala pengganas dalam sejarah, digabungkan sekali.

Walaupun namanya wabak Sepanyol, ia bukanlah berasal daripada Sepanyol. Ia dinamakan demikian kerana Sepanyol adalah negara neutral dalam Perang Dunia Pertama (1914 – 1918) yang bermaksud ia bebas melaporkan tahap keterukan pandemik ini.

Mereka yang menghidap penyakit ini kelemasan dan batuk tanpa henti kerana paru – paru mereka dipenuhi cecair. Muka mereka berubah daripada biru, kepada ungu dan kaki mereka menjadi hitam. Mereka yang bernasib baik cumalah mati lemas akibat paru² mereka.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak berjabat tangan, tinggal di rumah, dan dilarang meludah.

Pada ketika Selesema 1918 melanda, doktor dan saintis tidak pasti apa penyebabnya, dan bagaimana merawatnya. Ia kemudian lesap secepat ia timbul, tanpa penjelasan yang memuaskan.

Sungguhpun ia merupakan antara wabak maut paling dahsyat dalam sejarah, tetapi ia juga dianggap ‘dilupakan’, kerana Selesema Sepanyol ini berlaku ketika Perang Dunia Pertama sudahpun meletus. Berita tentang penyebaran wabak ini dicensor oleh tentera yang juga bukan saja terbunuh dek peluru, tetapi juga wabak ini. 1918 bukanlah tahun yang menyenangkan untuk penduduk global.


5. Cacar Air (SmallPox)


  • 430 Sebelum Masihi (?) – 1979
  • Membunuh 300 juta penduduk dunia pada abad ke 20 sahaja.
  • Cacar air merupakan penyakit yang menghantui manusia sejak dari zaman Empayar Mesir pada abad ke tiga Masihi. Asal – usulnya tidak diketahui.

Ia merupakan penyakit yang sangat menakutkan. Tiga daripada sepuluh orang yang menghidapnya mati. Mereka yang terselamat diselaputi kulit mereka dengan parut. Buku – buku sejarah dipenuhi dengan kes kematian cacar air.

Tamadun seperti Aztec dan Orang Asli Amerika tumbang akibat penyakit ini sehingga populasi mereka berkurangan sebanyak 90 peratus yang akhirnya membuat mereka ditawan orang putih. Raja – raja Eropah juga tewas akibat penyakit cacar.

Sebab kenapa cacar air begitu bahaya dan mendatangkan maut adalah kerana ia disebarkan melalui udara. Kadar penyebarannya sangat cepat.

Kulit pesakit dipenuhi dengan bintil – bintil di muka, tangan dan lengan. Selang dua hari, bintik – bintik itu dipenuhi cecair dan nanah, yang kemudian pecah.

Cacar air kemudian akhirnya berjaya ditewaskan apabila manusia menemui vaksin.

Sumber




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ