Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



WIFI BOLEH MEMBUNUH ATAU MENCACATKAN BAYI DALAM KANDUNGAN


AMARAN KEPADA IBU-IBU YANG SEDANG MENGANDUNG, TOLONG JANGAN MENDEDAHKAN DIRI ANDA KEPADA PANCARAN GELOMBANG WIFI.     
  
Setiap kali apabila berlakunya kes keguguran bayi dalam kandungan atau apabila bayi yang dilahirkan itu cacat maka ramai yang akan menyalahkan takdir. Tetapi tidak ramai yang sedar tentang punca sebenarnya.

Sebanyak 47.7% wanita yang mengandung menghadapi masaalah keguguran pada minggu ke-7 kehamilan. Mereka adalah dari kalangan wanita yang sentiasa terdedah kepada pancaran WIFI akibat penggunaan handphone dan lap top yang melampau.


WIFI juga menjadi punca berlakunya penyakit kanser yang semakin meruncing kini. WIFI juga boleh mengakibatkan masalah kemandulan, sakit jantung, kemurungan, sakit kepala, “period” yang tidak menentu untuk wanita, hilang ingatan (memory loss) dan banyak lagi.

Apabila seseorang wanita menggunakan lap top sambil menghubungkannya melalui WIFI maka dia akan mendapat radiasi dari WIFI yang akan merosakkan sistem peranakannya dan ini akan memberikan kesan kepada bayi yang bakal dilahirkan olehnya nanti.

Radiasi dari WIFI juga akan merosakkan DNA yang terdapat pada seseorang ibu yang sedang mengandung dan ini akan menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungannya. Bayi tersebut mungkin akan mati dalam kandungan ataupun akan menjadi cacat setelah dilahirkan.

Kebanyakan sekolah diseluruh dunia telah memasang WIFI kononnya untuk “kemudahan” para pelajar.

Kesannya lebih teruk kepada para pelajar perempuan kerana WIFI akan “memanaskan” bahagian peranakan mereka. Jadi apabila mereka menjadi dewasa dan berkahwin, besar kemungkinan mereka akan mandul atau anak mereka mungkin cacat.

Kanak-kanak akan mendapat kesan 10 kali lebih teruk radiasi WIFI (ketika menggunakan handphone atau lap top) kerana tulang dan tisu mereka terutamanya di bahagian otak adalah terlalu nipis. Ini boleh mengakibatkan kerosakan pada DNA mereka. Apakah itu DNA? DNA ialah sel yang menyimpan segala maklumat data keturunan kita seperti warna kulit, ketinggian, jantina, dan banyak lagi. Apabila DNA rosak, maka generasi berikutnya akan menjadi cacat.

WIFI juga boleh merosakkan sperma seseorang lelaki sekiranya lelaki tersebut menyimpan handphone (dalam keadaan masih aktif) didalam seluarnya. Apabila sperma rosak, maka lelaki itu akan menjadi mandul ataupun akan mendapat anak yang cacat.

Hampir 8000 kajian tentang bahaya radiasi WIFI (ketika seseorang itu sedang menggunakan handphone atau lap top) telah dijalankan tetapi kesemua maklumat tersebut tidak disebarkan oleh media dan kerajaan kerana kononnya akan “menggugat” industri komunikasi seperti WIFI, Handphone, Wireless Internet dan sebagainya.

Ini bermakna keuntungan lebih penting kepada “mereka” berbanding dengan nyawa manusia.
KESIMPULAN
Jangan menyimpan handphone didalam seluar atau didalam baju kerana ia akan merosakkan sperma (untuk lelaki) atau akan mendapat kanser buah dada (untuk wanita).
Kanser otak juga akan berlaku sekiranya seseorang itu menggunakan handphone (untuk berkomunikasi) untuk jangka waktu yang lama. Jangan bercakap melebihi 2 minit didalam handphone anda.

JANGAN menggunakan “wireless phone” atau “wireless internet” (WIFI) di rumah dan di pejabat.
Gunakanlah talian kabel (landline) untuk menghubungkan dengan talipon di rumah dan di pejabat dan juga untuk internet (melalui kabel fiber optic).

Ini tidak akan menjadikan anda “ketinggalan zaman” tetapi akan membuatkan anda hidup lebih sihat dan “melampaui” zaman.

Sumber rujukan:
http://www.psrast.org/mobileng/howlong.htm
http://www.newparadigm.ws/natural-health/electromagnetic-fields-and-their-effects/
http://www.newparadigm.ws/natural-health/5g-cellular-technology-will-blanket-planetary-life-with-ultra-high-microwave-frequencies/
http://www.newparadigm.ws/articles/apple-s-new-wireless-headphones-emit-radiation-right-next-to-your-brain/
http://www.bioinitiative.org/report/wp-content/uploads/pdfs/sec18_2012_Exposure_Effects_Fertility_Reproduction.pdf
http://www.newparadigm.ws/natural-health/this-shungite-plate-on-your-phone-will-absorb-harmful-emf-radiation/
http://www.newparadigm.ws/my-blogs/7-things-you-need-to-know-about-deceptively-harmful-technology/
http://www.newparadigm.ws/articles/neurosurgeon-radiation-from-wi-fi-smart-meters-and-cell-phones-cause-blood-brain-barrier-leak/
http://www.bibliotecapleyades.net/scalar_tech/esp_scalartech53.htm
http://www.newparadigm.ws/natural-health/microwaves-wi-fi-and-other-emf-signals-linked-to-headaches-fatigue-depression-anxiety/
http://www.bibliotecapleyades.net/scalar_tech/esp_scalartech_cellphonesmicrowave74.htm
http://www.lifeextension.com/magazine/2007/8/report_cellphone_radiation/Page-01
http://www.newparadigm.ws/natural-health/emf-exposure-is-causing-insomnia-depression-anxiety-illness-and-memory-loss/
http://new-paradigm.ws/evidence-clear-cell-phone-radiation-causes-brain-cancer-scientists-conclude/
http://themillenniumreport.com/2017/02/a-case-against-microwave-science/
http://www.naturalnews.com/2017-03-03-california-government-buried-the-truth-about-cell-phone-radiation-causing-brain-cancer-full-text-secret-document-emfs-penetrate-deeper-into-a-childs-brain.html
http://sgtreport.com/2017/03/after-years-of-secrecy-cellphone-radiation-risks-are-finally-being-revealed/
http://www.naturalblaze.com/2017/04/what-are-laboratory-rats-indicating-about-wi-fi-exposures-the-high-tech-industries-deny.html



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ