Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



AWAS!! JENAYAH TUNJUK, HENTI DAN SAMUN

AWAS!! JENAYAH  TUNJUK, HENTI DAN SAMUN


CRIME ALERT : JENAYAH TERKINI TUNJUK, HENTI & SAMUN DILEBUHRAYA Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan amaran berhati-hati kepada semua pengguna lebuhraya dan jalan biasa. Baru-baru ini telah dikesan taktik penjenayah yang cuba melakukan rompakan terhadap pemandu kereta yang sedang memandu di jalan raya. Taktik yang diguna pakai penjenayah seperti berikut: 

• Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan. 

• Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan. 

• Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami. 

• Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa. 

• Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta. 

NASIHAT 

1. Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven, Pos Malaysia dan stesen minyak. 

2. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina). 

3. Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan. 

4. Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian pengguna jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan. 

5. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda.

Sumber - PDRM


4 comments:

Info yang menarik ni ida. Terima kasih yer kerana berkongsi :)

21 January 2014 at 10:01 comment-delete

Saya pernah juga hampir kena macam tu.. Dua lelaki india tunjuk-tunjuk macam tu la.. Nasib baik dah alert dengan jenayah macam ni. Saya himpit motor tu sampai masuk longkang. Harap-harap la dia penjenayah sebenar... Awas bila berada di laluan MRR2 area Kepong..

21 January 2014 at 10:24 comment-delete

nice info ida..kekadang taktik penjenayah nie simple jer sampai kita pun tak terpikir...

Regards,
-Strider-

21 January 2014 at 16:54 comment-delete

Perlu berhati-hati dengan orang macam ni.

21 January 2014 at 21:22 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ