Penyebaran Gambar Mangsa Kekejaman - Cadangan Buat PDRM
Mangsa terbaru - Adik Nurshafiqah Adawiah |
Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt.
Sekarang semakin berleluasa para blogger mahunya individu tertentu menyiarkan gambar-gambar mangsa jenayah seperti kanak-kanak yang mati dibunuh, dirogol dan sebagainya di laman sosial. Walaupun sudah acapkali PDRM mengeluarkan amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab menyiarkan gambar-gambar tersebut, tetapi ia seperti masuk telinga kanan dan keluar ikut telinga kiri. Terbaru adalah gambar mangsa arwah adik Nurshafiqah Adawiah. AMARAN HANYA TINGGAL AMARAN. Sekali air bah sekali pantai berubah. Begitu juga dengan penyebaran gambar mangsa perempuan seorang pegawai bank yang mati ditembak. Amaran hanya tinggal amaran. Dimanakan ketegasan PDRM dalam perkara ini?
Kenapa ya manusia ini tidak pernah merasa serik? Para blogger yang tidak beretika pun berlumba-lumba menyiarkan gambar tersebut. Apakah hanya kerana ingin meraih trafik yang tinggi maka sensitiviti keluarga serta saudara mara mangsa diketepikan langsung? PDRM pula kenapa hanya berkata akan menyiasat perkara ini tetapi sejauh mana siasatan itu berjalan?
Saya ingin sarankan kepada PDRM terutamanya kepada Pegawai Penyiasat yang bertanggungjawab menjalankan siasatan ini, siasatlah dengan terperinci, jangan hanya menyiasat dikalangan kaki tangan dalaman PDRM sahaja tetapi menyeluruh terhadap blogger-blogger dan juga individu-individu tertentu yang bertanggungjawab memuat-naikkan gambar-gambar mangsa tersebut ke internet. Kemudian hebahkan kepada umum apakah tindakan-tindakan yang telah diambil keatas mereka. Jangan hanya selepas tangkap kemudian dilepaskan begitu sahaja dengan jamin polis!
Ya saya faham, punca gambar-gambar mangsa tersebar adalah dengan pengedaran melalui whatsApp daripada seorang Pegawai Penyiasat yang menyiasat kes tersebut dan memaklumkannya kepada Ketua Polis Daerah, Ketua Polis Negeri ataupun kepada Pegawai-Pegawai atasan polis yang lain. Dan daripada situ gambar-gambar tersebut mula disebarkan kepada anggota-anggota polis peringkat bawahan dan dalaman. Daripada itulah juga gambar-gambar tersebut mulai tersebar kepada awam. Adalah tidak adil jika pihak PDRM hanya mengambil tindakan kepada Pegawai Penyiasat ataupun Jurugambar yang bertugas tanpa mengambil tindakan terhadap para blogger mahupun individu tertentu yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyiaran gambar mangsa tersebut di laman sosial.
Siasat blogger atau individu tertentu yang pertama sekali memuat-naikkan gambar tersebut di internet. Dari situ baru pihak polis akan berjaya menangkap dalangnya yang berada di kalangan anggota polis itu sendiri. Anggota polis dan blogger / individu tersebut harus dikenakan tindakan undang-undang. Saya bukan mahu mengajar pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan terperinci tetapi saya melihat kepincangan siasatan tersebut yang tamat dikalangan kakitangan PDRM sahaja. Untuk makluman saya juga menerima kiriman gambar-gambar mangsa tersebut di dalam group whatsApp saya, tetapi dengan rasa penuh tanggungjawab, saya tidak menyebarkannya di dalam blog saya. Oh coz lah saya seorang blogger tetapi saya ada cara saya tersendiri untuk menarik perhatian pelawat untuk singgah ke blog saya tanpa memainkan isu sensitiviti yang tidak sepatutnya.
Bila ada tindakan yang diambil terhadap para blogger tersebut, barulah blogger yang lain akan sedikit merasa gerun dan berfikir dua kali untuk memuat-naikkan gambar-gambar mangsa kekejaman ini di blog mereka. Seandainya mereka dikenakan tindakan undang-undang, hasil pendapatan mereka melalui iklan-iklan yang terpapar di blog mereka pasti tidak akan mampu untuk menanggung kos perbicaraan atau pun guaman. Kepada rakan-rakan blogger, awas! kerana ingin meningkatkan trafik blog, anda akan terjebak!
3 comments:
Sayunya hati.,.ada yang bertahun tahun berusaha untuk punya zuriat namun Allah belum kurniakan lagi..mengapa ada yang sanggup menzalimi darah daging sendiri..Allah..Allah..Allah..luluh rasanya hati..remuk rasanya jiwa..
Benda macam ni memang susah nak dibendung, blogger pasti nak naikkan trafik blog sebab tu letak gambar begitu.
sedih baca kisah adik ni.. itulah bloger pun kena ada kesedaran jugak.. x boleh nak post sberangan wlaupun nak naikan rating :)
Post a Comment