Marilah Kita Sama-Sama Bantu Adik Putri Nurdanischa
Dipanjangkan melalui facebook En Izam Maarif (klik sini untuk pengesahan)
Warga Malaysia yang perihatin, marilah kita sama-sama menolong adik ini...
Assalamualaikum W.B.T.
Saya bagi pihak adik Putri Nurdanischa Bt. Nordin ingin mohon bantuan derma kilat untuk adik ni...dia nak discaj hari ni tapi atuk dan nenek dia tak mampu nak bayar bil hospital..adik ni bersama atuk dan nenek dia kemalangan, kes langgar lari pada 24/01/2014 semasa menunggang motosikal di lebuhraya utara selatan berhampiran susur ke Cheras (menghala ke KL) kira-kira jam 9.15 pagi. Van yang langgar keluarga ni gagal dikesan sebab tak buat report polis...Kesian adik Cha Cha membesar dengan atuk dan nenek sejak lahir (kini berusia 3 tahun)...Dia panggil atuk & nenek dia papa & mama...
Saya berada di tempat kejadian ketika kemalangan baru saja berlaku, Alhamdulillah saya bersama pasangan suami isteri yang kebetulan berhenti untuk membantu segera menghantar mereka ke hospital. Keadaan adik ni agak parah di kepala, hidung (patah), mulut (koyak) dan kaki kerana terseret lebih kurang 2 meter. Saya rasa tak sanggup nak cerita lebih-lebih..Saya ada melawat keluarga ini beberapa kali, hingga kini masih mengikuti perkembangan mereka sekeluarga.
Saya cuma membantu seberapa yang boleh, kepada sesiapa yang bermurah hati dan sudi boleh salurkan bantuan ke akaun adik ini...
NAMA : PUTRI NORDANISCHA BT NORDIN
AKAUN RHB BANK : 1142 3100 1927 03
Saya dah buat pengesahan dengan pihak RHB Bank berkenaan akaun ini.
In Sya Allah, semoga usaha semua pihak diberkati Allah S.W.T.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya di talian 013-2998346.
0 comments:
Post a Comment