Tanda-Tanda Kemunculan Dajjal Laknatullah
Dajjal adalah seorang manusia biasa, ia dinamakan demikian kerana ia menutupi kebenaran dengan kebathilan atau kerana ia menyembunyikan kekufurannya di hadapan manusia dengan kedustaan dan tipu dayanya terhadap mereka. Ada banyak hadits yang menjelaskan tentang sifat-sifat Dajjal. Dan ia dinamakan dengan Masihi Dajjal kerana salah satu matanya, iaitu mata kanannya tertutup. Ia akan keluar pada saat kaum muslimin sedang memiliki kekuatan besar dan keluarnya dia adalah untuk mengalahkan kekuatan tersebut.
Renung dan fikirkan apa yang tertera di bawah... apakah ini yang dikatakan konspirasi dajjal? Bagi anda yang sudah biasa mengikuti kisah-kisah konspirasi dajjal tentu sudah sedia maklum dan dapat memahami apa yang terkandung di dalam video di bawah. Mana yang belum tahu cubalah search di google dengan tajuk konspirasi dajjal pasti dapat membantu anda...
Begitu dahsyatnya fitnah Dajjal sehingga ada seorang ulama besar yang memarahi anaknya hanya karena anaknya lupa tidak berdo'a meminta perlindungan dari fitnah Dajjal ketika sholat. Berikut ini adalah do'a-do'a dan ayat-ayat apa saja yang harus dibaca agar kita terlindung dari fitnah Dajjal, dan lebih utama do'a dan ayat ini dibaca setiap selesai sholat.
1. Do'a berlindung dari fitnah Dajjal :
اَللَّهُـمَّ إِنيِّ أَعوُذُ بِكَ مِنْ عَذاَبِ جَهَنَّمَ،وَمِنْ عَذاَبِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْـنَةِ الْمَحْياَ وَالْمَماَتِ وَمِنْ فِتْـنَةِ الْمَسيِحِ الدَّجاَّلِ
"Yaa ALLAH, aku berlindung kepada MU dari adzab neraka jahnnam, dan dari adzab kubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah al-masih ad-dajjal."
2. Menghafal sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُوْرَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنْ الدَّجَّالِ
“Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
3. Menjauhi tdk mendatangi kecuali seorang yg yakin tdk akan terkena mudarat.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ مِنْهُ فَإِنَّ الرَّجُلَ يَأْتِيْهِ وَهُوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ مُؤْمِنٌ فَلاَ يَزَالُ بِهِ لِمَا مَعَهُ مِنْ الشُّبَهِ حَتَّى يَتَّبِعَهُ
“Barangsiapa mendengar Dajjal hendak menjauh darinya. Demi Allah sungguh ada seorang yg mendatangi merasa diri beriman tapi kemudian mengikuti Dajjal dikarenakan syubhat-syubhat yg dilontarkan Dajjal.”
4. Tinggal di Makkah dan Madinah
Karena kedua adl negeri yg aman tdk bisa dimasuki Dajjal. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلاَّ سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلاَّ مَكَّةَ وَالْمَدِيْنَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلاَّ عَلَيْهِ الْمَلاَئِكَةُ صَافِّيْنَ يَحْرُسُوْنَهَا
“Tidak ada satu negeri pun kecuali akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Dia tdk mendapati celah/ jalan masuk kecuali pada ada malaikat yg berbaris menjaganya.”
7 comments:
astaghfirullahal'azim :((( takut.......
Assalamualaikum ..
dalam kajian saya berbeza plak .. berdasarkan fakta:
1.) Dalam Al-Quran zaman Nabi Musa a.s pada masa Malaikat Jibril berjumpa Nabi Musa a.s dan tanah yang dipijak oleh Malaikat Jibril subur dan tumbuh rumput dan lelaki samiri (Dajal) telah menyaksikan Malaikat Jibril.
Kesimpulan .. siapakah yang boleh nampak para Malaikat?
1.) Allah
2.) Nabi & Rasul
3.) Jin/Syaitan
Kisah lelaki Samiri menghidupkan patung lembu emas dengan mengunakan pasir yang dipijak oleh Malaikat Jibril telah membuktikan lelaki samiri ini saja membuat inaya pada kaum Nabi Musa a.s semasa baginda bermunajat di Gunung Thursina.
2. Dajal hidup beratus tahun sejak zaman Nabi Musa a.s hingga sekarang..
Hanya Jin yang hidup beratus tahun.
3. Dalam hadis akhir zaman mereka berkata "Mereka tak mampu membunuh Dajal kerana dia adalah Djin"
Wallahu'alam
Sebenarnya Kisah Dajal ini ada banyak versi yang saya pamerkan di atas versi dari wakeup project (rujuk video the arrival) versi yang akan saya sampaikan dibawah ni dari pengkajian mereka mengenai alam ghaib djin syaitan iblis dan azazel (maaf benda dah lama saya tak ingat url)
DAJJAL.
Inilah "Manusia Iblis" pertama ciptaan Izazil laknatullah. Dajjal adalah manusia yang berhati Iblis. Bapanya dan ibunya adalah berketurunan Turki dan Mesir.
Mereka berasal dari sebuah kampung kecil bernama Rablah. Kedua-dua ibubapanya itu adalah merupakan adik beradik seibu sebapa. Mereka bersekududukan tanpa nikah dan apabila orang kampung mengetahuinya, mereka berpakat menghalau mereka dari kampung tersebut. Mereka berpindah ke kampung pendalaman bernama Samiri dinegeri Mesir.
Pekerjaan bapanya mengambil upah menjaga ternakan dan membersihkan kandang ternakan juga membelah kayu api.
Setelah beberapa ketika tinggal didalam rumah tumpangan milik seorang peladang, maka teringinlah mereka untuk mendapatkan anak. Setelah berusaha sedaya upaya isterinya itu tidak juga mengandung maka Isterinya telah bermunajat memohon supaya diberi petunjuk. Maka satu ketika bermimpilah sang isteri akan bertemu dengan seorang abadi kaum mereka (Izazil telah menyerupai dan menjelma sebagai orang abadi itu).
Ia disuruh memohon pertolongan disebuah kuil jauh dihujung kampung itu. Sang Isteri telah menceritakan akan mimpinya itu dan keesokannya juga mereka berdua mencari akan kuil itu. Akhirnya mereka telah bertemu dengan kuil tinggal yang kecil dihujung kanpung itu sama seperti mimpi isterinya yang didalamnya terdapat sebuag patong anak lembu. Mereka berdua pun membersehkan kuil itu dan memulakan upucara memuja dan memohon pertolongan dewa patong anak lembu itu.
Setelah beberapa kali memohon tetapi tetap begitu juga. Maka mereka pun berhenti dari memohon. Tidak berapa lama isterinya bermimpi lagi supaya melakukan persetubuhan sewaktu dia datang bulah (didalam haid) didalam kuil dan dihadapan patong anak lembu itu.
Maka ia pun menceritakan pekara mimpinya itu kepada suaminya dan apabila sampai waktunya mereka pun melakukan seperti ydng disuruh didalam mimpi isterinya itu (Izazil yang perintah). Tidak berapa lama maka mengandunglah siisteri, tetapi kandungannya itu sangat besar dan lama iaitu 13 bulan. Semasa isterinya sarat mengandung bapanya meninggal dunia. Tinggallah sang isteri seorang diri.
Dalam masa yang sama berita akan mereka ini sampai pula ketelinga tuan punya ladang itu. Ia terpaksa menghalau keluar ibu yang sarat mengandung itu kerana takutkan orang kampung yang sedang mencari mereka.
Mereka dicari untuk dibunuh kerana mengikut kata sami puak mereka yang keluarga ini akan mendatangkan musibah besar didunia ini. Itulah sebabnya orang-orang kampung sentiasa mencari keluarga ini.
Ibunya pun pergi kekuil kecil untuk melahirlan anaknya disitu. Setelah melahirkan anaknya ia pun meninggal dunia dengan keadaan tumpah darah yang banyak dan
kandungannya yang sangat besar pula, itulah sebabnya wanita itu meninggal dunia sejurus melahirkan. Bayi ini sangat pelik, ia cacat sebahagian angotanya, bersisek
kulitnya seperti ular, berkepala besar, matanya kena jangkitan dan buta sebelah kiri.
Ia hanya tidur sahaja selama 55 tahun dan dimasa itu ia telah dipelihara oleh Malikat Jibril dengan diberi susu lembu sahaja atas perintah Allah swt. Sewaktu dialam
tidurnya, Malikat Jibril as telah pula mengajarkan ilmu-ilmu hikmah kepadanya tampa mengatahui bahawa budak itu dipelihara oleh Izazil. Ini adalah permintaan Izazil
kehadrat Allah yang juga dimakbulkanNya.
Setelah seberapa tahun maka tempat persembunyaian Dajjal telah diketahui oleh orang kampung. Mereka berpakat untuk membakar saja kuil itu. Dajjal telah diselamatkan oleh Malikat Jibril as dan diletakkan dibenua Antartik didalam sebuah gua dan ditambat dengan rantai kaki dan tangannya kerana takut ia melarikan diri pula jika sedar dari tidurnya.
Dikala ini Izazil pula telah menjelma menjadi ular besar dan memberinya makanan dan air minuman yang dimasukkan terus kedalam mulutnya. Apabila umurnya telah sampai 55
tahun dia pun sedar seperti manusia biasa. Pekara ini telah diceritakan oleh Jibril as kepada Nabi Musa as. Nabi Musa as telah menerimanya bekerja menjaga kuda dan
membersehkan kandang kuda Nabi.
Tetapi Dajjal bukan bekerja sahaja, dia selalu mengintip perbualan Nabi Musa dengan Nabi Harun juga perbualan Nabi bersama Jibril as. Ia selalu mengikut dari belakang
akan Kuda Nabi dan apabila disatu ketika Jibril as mendatangkan nabi Musa sedang berkuda, kesempatan itulah yang diambilnya untuk mengutip pasir tempat tijak kaki kuda Malikat Jibril as dan disimpannya. Ia juga selalu memerhatikan tingkah laku pengikut-pengikut dan bantahan-bantahan yang mereka limparkan kepada Nabi Musa as.
Apabila Nabi Musa as pergi bermunajat selama 40 hari dibukit Tursinar, peluang ini diambil oleh Dajjal as Samiri menunjukkan belangnya. Dia telah berucap dihalayak
kaum nabi Musa as iaitu bani Israil supaya mengumpulkan semua emas yang mereka ada untuk menunjukkan kepada "Tuhan" Nabi Musa as.
Setelah mereka kumpulkan emas itu maka diberikan kepada Dajjal. Emas itu telah ditempa menjadi patung anak lembu yang dimasukkan pasir bekas tempat tijak kaki kuda Jibril as yang disimpannya dulu. Patong itu diletakkan dihadapan puak dan kemudian dengan mentera yang diajar oleh Izazil.
Tiba-tiba patung anak lembu itu berkata-kata mengaku dialah "tuhan" Nabi Musa as. Kaum bani Israil yang selama itu mencari-cari tuhan Nabi Musa telah berpaling dan menyembah patong anak lembu emas itu.
Sekembalinya Nabi Musa dari Munajatnya, beliau dikatakan sungguh marah akan perbuatan as Samiri, beliau juga memarahi Nabi Harun yang tidak dapat mengawal keadaan itu.
Maka Nabi Musa as memohon berkata-kata dengan Allah.
Diadukan semua peristiwa itu kepada Allah swt. Perbuatan Nabi Musa meninggalkan kaumnya kepada jagaan Nabi harun telah ditemplak. Seharusnya Nabi Musa meninggalkan kaumnya dibawah jagaan Allah swt kerana Dia adalah tempat sebaik-baik yang Memelihara dan Menjaga.
Kenapa Nabi Musa beri kuasa penjagaan itu ditangan manusia yang lemah yang tidak berdaya menjaganya ?
Nabi Musa as telah memohon ampun kehadrat Allah swt serta memohon agar Dajjal as Samiri ini dipisahkan dari kaumnya dan seluruh manusia selama-lamanya hingga hari kiamat. Kemudian permintaan Nabi Musa as telah diperkenankan oleh Allah swt. Maka Nabi Musa as dan Malikat Jibrai as telah menangkap Dajjal as Simiri dan di sumbat didalam penjara Nabi Musa as iaitu di Lautan Qauzum bersama-sama Hamman dan Firaun.
Sesetengah riwayat ahli tafsir menyatakan bahawa lautan Qauzum itu terletak ditengah-tengah laut Merah di Mesir iaitu dibahagian yang paling dalam. Tetapi ia dirasakan
kurang tepat. Riwayat yang lain pula mengatakan ia terletak di Lautan Atlantik. Rasanya ini lebih tepat kerana disitu juga telah Izazil ciptakan sebuah pintu Alam Jin
seperti di Bermuda Traingel yang boleh menyedut apa saja yang lalu dan cuba untuk melintas dipermukaannya.
Pintu Alam Jin ini merupakan sebuah Kerajaan Jin tempat untuk memenjara roh-roh manusia yang berjaya mereka tangkap dan mereka-mereka yang kafir, sesat dan Islam yang mengikut telunjuk mereka sewaktu hidupnya serta yang menjadi sahabat dan khadam mereka.
Manusia-manusia ini apabila mereka mati semua roh-roh mereka akan disumbat disini dan tidak boleh keluar, menjadi hamba abdi mereka membuat senjata-senjata canggeh untuk perang akhir zaman nanti. Telah juga diriwayatkan bahawa Allah swt telah memberi pelepasan kepada Dajjal sehari dalam setahun kepermukaan bumi.
Maka peluang itu dimanafaatkan secukupnya dengan membuat huruhara kerosakan besar dimuka bumi seperti berlakunya gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan, ribut salji, puting beliong hingga menyebabkan kematian manusia beratus ribu, berpuluh ribu jiwa yang melayang dan ditanggkap oleh bala tenteranya, diheret dan
disumbatkan didalam penjara mereka itu.
Notakaki: cerita diatas nampak selari dengan kisah dari wakeup projet
Wallahu'alam
Insya'Allah ... masih dalam kajian dan saya tak berani nak berjanji hanya dengan izin Allah saya akan cuba bongkarkan apa yang telah berlaku kerana sumber² yang saya dapat pun hasil dari titik peluh perjuangan insan lain..
Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW telah bersabda : "Apabila salah seorang berada ditempat yang terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerau sehingga sebahagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu".
Dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah, dikatakan bahawa pertemuan antara suhu panas dan dingin (sejuk) adalah ikatan larangan kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Jin/Syaitan.
Dikatakan larangan ini kerana kawasan seperti yang disabdakan oleh Baginda s.a.w dalam hadisnya adalah tempat yang paling digemari oleh Jin/Syaitan. Jadi apa kaitannya dengan SEGITIGA BERMUDA? fakta ini kerana SEGITIGA BERMUDA terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika bahagian utara dan Afrika. Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara.
Kita diwar warkan oleh pihak barat bahawa U.F.O itu adalah makhluk angkasa lepas tetapi sebenarnya JIN, dan tidak mustahil JIN dapat mencapai kemajuan sebegitu tinggi memandangkan JIN tercipta terlebih dahulu sebelum Manusia.
Kisah pengambaraan Nabi Khidir a.s. mencari telaga kehidupan sebelum banjir besar zaman Nabi Nuh a.s dan banyak lagi.
Wallahu'alam
Rasulullah saw. pernah bersabda, “Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang zat Allah.” (HR Abu Nu’aim)
“Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah dan janganlah kamu berfikir tentang Dzat Allah” (HR. Abu Nu’aim dari Ibnu Abbas). Hadits ini dihasankan Syaikh Nashiruddin Al-Albani dalam Shahihul Jami’sh Shaghir (2976) dan Silsilatu Ahadits Ash-Shahihah (1788).
Alhamdulillah... walau apa sekali pun... Dajjal tetap akan muncul dan menyesatkan umat manusia di muka bumi ini
Post a Comment