Betulkah Kerajaan Tidak Menyumbang Apa-Apa Pada Rakyat?
BACA SATU PERKONGSIAN DARI SEORANG SAHABAT
Assalamualaikum... cerita ini ditulis bukan lah rekaan saya untuk membesar2kan cerita.. mungkin cerita ini tiada apa2 bagi orang yang tidak mempunyai apa2 perasaan dan nilai sensitiviti dengan apa yang terjadi.. saya adalah pemegang ijazah kejuruteraan awam di universiti tenaga nasional.. saya grade pada hujung tahun lepas setelah bertungkus lumus berjuang menghabiskan pengajian saya.. grade saya tidak lah beberapa bagus.. saya terpaksa menghabiskan pengajian dan pada masa yang sama mencari duit untuk mengisi perut dan membeli keperluan untuk belajar.. ternyata duit PTPTN yang diberikan tidak mencukupi,,tapi saya tidak pernah menyalahkan mana2 pihak.. setiap terjadi sesuatu ade hikmahnya..
Cerita bermula apabila setelah beberapa lamenya saya tidak mendapat kerja.. dari bulan 11 tahun 2013 hinggalah pada bulan ini iaitu april 2014.. bermacam2 usaha saya lakukan.. setiap minggu sekurang2nya lebih pada 5 resume dan CV saya hantar kepada syarikat2 untuk mendapatkan kerja.. setakat ini baru 2 kali interview yang saya terima..dan pada masa yang sama saya tidak lah menganggur.. saya menjadi cikgu tuition dan mengajar pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5...saya rasa hidup saya sangat kah tertekan..ptptn sudah mula menuntut kembali pinjaman wang pengajian... saya pemegang ijazah.. tetapi saya tidak dapat nak merasa hidup seperti seorang pemegang ijazah..sebelum ini saya pernah bekerja dengan menggunakan kelulusan diploma selama 2 tahun.... mungkin belum rezeki saya.. dan saya redha dengan ketentuan ALLAH.. ALLAH mungkin mahu menguji saya...
Pada beberapa hari yang lepas.. saya menerima panggilan untuk temuduga..sebuah syarikat pembinaan di serdang milik bukan bumiputera ingin kan saya datang untuk ditemuduga.. itu tidak menjadi masalah (sebelum ini saya pernah bekerja di sebuah syarikat pembinaan bukan bumiputera dengan kelayakan diploma ketika itu)..
Saya datang ke Serdang dengan persiapan untuk di temuduga.. Dipendekkan cerita.. saya ditemuduga oleh pemilik syarikat itu.. seorang berbangsa Cina..Seorang yang nampak tegas.. dan saya yakin dia seorang yang berusaha keras untuk menaikkan syarikat beliau.. Kami bermula dengan pertanyaan tentang diri saya.. umur,,status.. dan pengalaman kerja.. hingga lah saya di heretkan dengan cerita yang saya tidak tahu sama ada berkaitan kuat atau tidak dengan temuduga saya...
Seperti di Brainwash.. Mr X bercerita tentang syarikatnya mementingkan daya maju tidak bergantung langsung pada kerajaan.. diambil contoh cerita M370.. diceritakan tentang MAS mempunyai banyak staff.. kapal terbang sedikit.. untung pula tiada.. merugikan tax payer seperti beliau.. berbeza dengan air asia..staff yang lebih sedikit.. menjana keuntungan yang berlipat2 kali ganda...apa yang cuba disampaikan adalah kerajaan membazir.. memberi orang kerja.. tidak menjana keuntungan.. apa yang penting adalah untung.. kaya.. (sampai sekarang saya tidak tahu ape kene mengena cerita ini dengan misteri MH370) mungkin dia cuba secara tidak langsung memberitahu saya ini semua salah kerajaan.. kerajaan tidak cekap...
Berbalik pula pada syarikatnya.. dia mengatakan dia menaikkan syarikatnya dengan usaha sendiri.. tanpa minta bantuan kerajaan.. tidak memerlukan tender2 kerajaan.. kerana tender kerajaan adalah untuk kroni sahaja (mungkin ada kebenarannya serba sedikit).. syarikat - syarikat dibawah naungan kerajaan adalah tidak bijak.. gajikan banyak pekerja.. tetapi tidak majukan diri.. tidak pandai bersaing.. dia berkata orang melayu tidak akan maju dengan cara begini.. apa yang mereka perlu adalah bersaing (mungkin ada kebenarannya) saya tidak nafikan perkara2 tersebut... saya ini bukanlah penyokong kerajaan 100%... ape yang baik saya sokong.. apa yang tidak baik saya sendiri akan membantah.. tapi apa yang berlaku sewaktu temuduga adalah untuk men set kepala saya.. kerajaan adalah tidak berguna sesen pon.. saya bukan lah orang yang mudah disogok.. saya berpelajaran tinggi.. bukan lah mudah untuk mensetkan kepala saya.. setiap perkara mesti ada bukti.. mesti ada sebabnya.. tidak adillah Mr X mengatakan bahawa kerajaan malaysia (yang diperintah oleh BN) adalah kerajaan yang terlalu korup.. saya disogokkan kan lagi dengan syarikat2 milik orang bumiputera tidak berdaya maju.. mengamil banyak perkerja.. terlalu bergantung pada tender kerajaan.. tidak boleh hidup kalau tidak disuap oleh kerajaan..
Saya hendak mengajak pembaca berfikir sejenak.. benarkah syarikat Mr X ini langung tidak bergantung pada kerajaan.. dalam mengangguk2 (angguk tanda tidak setuju) al maklum lah dalam interview.. apa yang saya boleh buat.. berdebat? adab2 Islam dan keturunan Melayu mengajar kita untuk beradab dengan orang yang lebih tua..saya berfikir.. tanpa politik yang stabil.. tidak mungkin syarikat Mr X ini dapat memajukan perniagaannya.. mari kita lihat negara2 seperti jiran2 kita.. yang asyik bergolak.. politik terlebih.. sikit2 demonstrasi jalanan.. adakah syarikat Mr X dapat maju jika dibangunkan di negara2 tersebut? andainya kerajaan ini terlalu makan duit rakyat.. cuba kita bukak pintu rumah kita.. masihkah jalan depan rumah kita tidak diturap? adakah syarikat Mr X ini boleh maju tanpa prasarana yang dibina oleh kerajaan? tanpa highway? tanpa jalan2 raya yang menghubungkan setiap negeri.. bandar.. daerah.. kampung..bolehkah syarikat Mr X ini maju kalau negara ini tidak membangun? ya... negara ini membangun.. kita kene menerima fakta ini.. negara ini memang membangun..tapi orang seperti beliau mungkin kata negara ini membangun atas usaha bangsa beliau sendiri..benarkah? dengan hanya mengusai ekonomi..
bangsa ini sudah mendabik dada mengatakan mereka menjadi sebab musabab kepada negara ini maju? bagaimana pula dengan kuasa pembeli.. andai tiada bumiputera negara ini memberi sokongan mungkin kah mereka menguasai ekonomi? bagaimanakah dengan sistem pertahanan negara.. berapa ramai bangsa kami sanggup mempertahankan negara ini.. malah ramai yang terkorban untuk menjadikan negara ini lebih selamat semata2 untuk memastikan Mr X dapat terus meniaga.. mungkin ramai yang tidak berfikir...
Apa yang saya sedih.. mungkin lebih ramai yang telah di brainwash ketika sedang ditemuduga.. mungkin lebih ramai telah disogokkan yang kerajaan tidak membuat apa2.. dan lebih ramai yang mudah menerima apa yang mereka sogokkan tanpa mahu berfikir.. mereka suka menceritakan yang kita lemah... bodoh.. tidak mampu buat apa2.. malas.. supaya kita jadi apa yang mereka mahu.. ataupun mereka bercerita untuk kita saling benci.. saling tidak menghormati sesama kita... Apa yang saya cuba sampaikan.. andai kita masih lemah..kuatkan lah diri kita.. teruskan usaha... jangan sampai mereka terus kuasai ekonomi.. kalau dulu mereka tidak berani bersuara sumbang.. sekarang lihatlah,, mereka melihat sudut pemerintahan dari mata perniagaan.. untung rugi adalah sangat penting.. susah atau tidak itu tidak penting.. tak untung buang.. untung simpan..politik lebih pada itu.. setiap orang haruslah dijaga kebajikannya tidak kira itu untung atau rugi.. saya memandang pada 10 tahun akan datang.. apabila negara diperintah oleh mereka ini.. nescaya.. kita hidup seperti robot.. apa yang penting adalah duit..duit..duit... sampai sekarang saya tidak pernah percaya mereka ini membawa kebajikan.. kerana kebajikan sendiri tidak ada pada mereka.. wasalam - kredit fb SSTDMM
1 comments:
Teruskan berdoa agar hidup kita dirahmati selalu ...
Post a Comment