Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kenapa Perlu Bersenam?

Kenapa Perlu Bersenam



Di sini disenaraikan sebab mengapa kita harus mula bersenam...


Pertama: Bersenam ceriakan mood

Setiap kali bersenam, bahan kimia dibebaskan daripada otak untuk kurangkan rasa tertekan dan membuatkan anda lebih gembira dan santai. Dalam erti kata lain, bersenam menghilangkan segala gundah di jiwa. Selepas saya bergaduh dengan orang, saya suka habiskan masa di gelanggang kick boxing selama 2-3jam dan menumbuk sehingga rasa tenang. Cubalah!


Kedua: Tidur lebih lena

Menurut kajian saintifik, ternyata mereka yang bersenam lebih lena tidur di malam hari.


Ketiga: Kuatkan daya ingatan

Satu sesi aerobic sahaja mampu meningkatkan tahap hormone yang dikaitkan dengan daya ingatan. Ini berdasarkan kajian Behavioral Brain Research.


Keempat: Tingkatkan kreativiti anda

Bagus untuk mereka yang bekerja dalam industry yang menitikberatkan kreativiti seperti artis dan pereka fesyen. Kajian Frontiers in Neuroscience dapati mereka yang bersenam dengan kerap mendapat keputusan dalam peperiksaan yang melibatkan kreativiti jauh lebih baik berbanding mereka yang tidak bersenam.


Kelima: Kurangkan risiko barah

Keenam: Tambahkan keyakinan

Ketujuh: Kurang sakit

Perasan atau tidak, orang yang rajin bersenam, rajin ini kira 2-3 kali seminggu lah. Kalau 2-3 kali sehari itu sukar dilakukan terutamanya dengan jadual di pejabat yang padat. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang bersenam lebih kerap miliki antibody lebih baik dan mudah melawan bakteria dan virus jadi susah sikit nak demam atau selesema.

Kelapan: Mencegah senggugut

Tahukah anda senaman juga boleh kurangkan kepedihan senggugut? Senaman mengeluarkan endorphin yang membuatkan anda lega ketika senggugut. Tiadalah rasa perit setiap kali datang bulan!


1 comments:

Terbaik...

12 April 2014 at 10:23 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ