MH370: DCA Sahkan Pesawat Tidak Buat Pusingan "Loop"
KUALA LUMPUR - 5/4/2014 : Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 tidak membuat satu pusingan "loop" seperti yang dipercayai telah dimaklumkan kepada keluarga penumpang di China oleh wakil kerajaan dalam satu sesi taklimat di Beijing .
Apa itu pusingan 'loop' - sila baca di sini
Perkara ini disahkan oleh Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang berkata apa yang diberitahu kepada keluarga penumpang di China itu tidak benar.
"Cara pesawat itu membuat pusingan seperti yang dilaporkan di Beijing kepada keluarga terdekat, adalah tidak benar. Pesawat itu tidak membuat pusingan dan membelok ke kiri. Ia tidak benar, "kata Azharuddin semasa satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi.
Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah gambah rajah laluan pesawat MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China adalah benar dan telah disahkan.
Sebelum ini, pesawat itu disahkan telah membelok ke arah kiri menuju ke Lautan Hindi sebelum hilang dari radar.
Baca juga di sini
MH370 : Analisa & Kajian Kapten Nik Huzlan Yang Bakal Hapuskan Segala Teori & Hipotesis Sebelum Ini!
Menarik!! Kronologi Terperinci Kapal Terbang MH370 Hilang & Terhempas (Teori Ghost Plane) Dibongkar!
0 comments:
Post a Comment