Servis 'Zulaika' Hanya RM35!
Jam 12.25 malam semalam saya dan krew 999 singgah minum dan makan nasi lemak di gerai di Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor.
"Dia orang (pondan) datang sini pukul 1 pagi ke atas, lebih 20 orang selalunya," ujar pemilik gerai.
Sebelum ini kawasan parkir di antara deretan pusat hiburan dan restoran Cina itu menjadi lubuk pondan mencari pelanggan.
Jam 3 pagi, setelah membuat liputan bersama pasukan khas Trafik Bukit Aman di Shah Alam, Selangor, kami bergegas semula ke lokasi dan terlihat kelibat beberapa pondan melintas di hadapan kenderaan diparkir tidak jauh dari pusat hiburan. Saya kemudian meminta wartawan pelatih 999, Arashy mendekati pondan terbababit.
Kurang 15 minit menunggu, Arashy melaporkan ...
"Nama dia Zulaika (nama samaran), umur 26 tahun, saya dah bagi tahu dia, saya ada kawan dan suruh dia mencari kawan seorang lagi. Dia siap bagi nombor handphone lagi," ujar Arashy excited sewaktu masuk semula ke kereta.
"Cuba call Zulaika, rakamkan perbualan," arah saya.
Berikut antara petikan perbualan di antara Zulaika dan Arashy menggunakan telefon bimbit.
"I orang Ampang, Kuala Lumpur," ujar Zulaika.
"Berapa tadi kalau nak servis?," tanya Arashy.
'Servis', oral seks.
"Mula mula I cakap tadi RM50 kan? Tetapi awak dah tawar jadi RM35. Kalau nak main kita boleh pergi ke apartment I, macam I cakap tadi, lima minit dari sini," balas Zulaika.
"Main berapa pula?," soal Arashy.
'Main', melakukan seks di luar tabi'i. Zulaika menjelaskan, setiap pelanggan wajib menggunakan kondom jika melakukan hubungan seks bersamanya.
"RM80 seorang, kalau awak dengan kawan, jadi RM160 lah," balasnya.
Arashy kemudian memujuk Zulaika datang ke kawasan berhampiran kenderaan kami diparkir bersama rakannya bertujuan memudahkan jurukamera, Ansari melaksanakan tugasnya.
Zulaika bersetuju.
"Selepas Arashy turun, Shahnun (penerbit 999) akan ikut. Bila dah ada dua tiga orang (pondan) awak berdua cuba bersembang sekejap dengan dia orang dan kemudian saya akan turun dengan Ansari," ujar saya.
Setelah semua faham berhubung arahan itu lalu kami laksanakan.
"Alamak! 999," jerit Zulaika sebaik menyedari kehadiran saya dan jurukamera.
Tanpa berlengah, bak kuda jantan, Ansari mengekori Zulaika sambil merakamkan aksi pondan terbabit berlari kencang menyelinap ke belakang deretan kedai.
"Saya ikut dia, cameran (was) on, sampai kami dua-dua lembik, kepenatan. Dia lari laju menuju apartment, adalah dalam 400 meter dari sini. Masa berlari tu, dia siap tanggalkan kasut. Saya cakap, kalau dah penat, kita berjalan sahaja lah ya!," ujar Ansari tersenyum setibanya di lokasi asal kami berkumpul.
Saya yakin selepas kejadian itu, berita berhubung liputan krew 999 akan tersebar luas di kalangan pondan .
Pastinya selepas ini puluhan pondan sebelum ini bebas berkeliaran mencari pelanggan di kawasan itu bakal lebih berhati-hati untuk menjalankan kegiatan mereka. Visual dirakamkan akan kami paparkan sebagai ending credit program 999 minggu hadapan, 26 Januari, jam 9 malam di TV3.
Pondan di luar sana, usah marah. Kami cuma ingin membuktikan dakwaan ramai mengatakan golongan pondan kuat berlari.
Melihat visual dirakamkan, dakwaan itu memang benar.
Kredit: www.mazidulakmal.com
1 comments:
hehehe kalau dah jantan tu jantan jugak lerrr
Post a Comment