Armadillo – Mascot World Cup Brazil 2014 Laris Macam Goreng Pisang Panas!!
Binatang Armadillo ini adalah dari sejenis keluarga Tenggiling. Agaknya Tenggiling ni banyak bersepah di Brazil tu. Atau pun binatang ini semakin pupus seperti di negara kita... Ida sendiri pun tidak pernah melihat Tenggiling ni. Orang kata kalau anggota badan kita seperti kaki atau tangan kena gigit atau kena sepit (ada sepit macam ketam ker) atau kena cengkam teramat sukar untuk kita melepaskan diri. Tenggiling ni kulitnya keras, bersisik dan berduri. Menurut kata orang tua selagi tidak berbunyi guruh selagi itu lah Tenggiling ini akan mencengkam mangsanya. Pokonya bila terdengar bunyi guruh baru Tenggiling ni akan terperanjat dan serta-merta akan melepaskan mangsanya... Betul ker?
Di bawah jom tengok mascot Armadillo ini di proses untuk di pasarkan di negara China. Kenapa China bukan Brazil? Sedangkan World Cup 2014 berlangsung di Brazil! Itulah kebijaksanaan kerajaan China tidak mahu melepaskan peluang untuk mengaut keuntungan. Buat banyak-banyak kemudian di eksport ke Brazil ;)
0 comments:
Post a Comment