Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gadis Remaja 13 Tahun Jadi Taruhan Satu Permainan Komputer Di Kajang



Kajang: Dua remaja lelaki membuat 'pertaruhan gila' apabila menjadikan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun sebagai 'bahan hukuman' dalam pertandingan permainan komputer diatur mereka.

Dalam kejadian jam 2 pagi Ahad lalu, seorang daripada remaja lelaki terbabit yang tewas dalam permainan komputer itu didenda supaya memperkosa mangsa di sebuah rumah di Batu 9. Cheras di sini.

Sumber polis berkata, kejadian malang itu menimpa mangsa selepas dia menemani rakan perempuannya bertemu dua suspek di kediaman berkenaan.

Menurutnya, mangsa pada mulanya keluar bersama suspek untuk minum di sebuah restoran di Hulu Langat, di sini.

Selepas selesai minum mereka kemudian singgah di rumah seorang suspek lelaki itu yang berusia 17 tahun. Mereka dikatakan bermain permainan komputer dan membuat pertaruhan. -mymetro


Nota: Gambar di atas hanya sekadar hiasan dari google


1 comments:

dasyatnya budak sekaranng ni....

19 June 2014 at 13:08 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ