Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



5 TABIAT PEMANDU WANITA YANG MENJENGKELKAN




Sesetengah perkara yang dilakukan oleh pemandu wanita adakalanya membinggungkan pemandu yang lain sungguhpun perkara yang dilakukan itu perkara remeh. Di bawah ada 5 tabiat yang sering dilakukan oleh pemandu wanita.


1). Hiasan yang tidak diperlukan
Kita tahu, ramai pemilik kereta kalau boleh nak hias sehabis cantik kereta mereka. Tetapi jika boleh, elakkan dari menghiasi kereta anda dengan benda-benda seperti patung figura Dragon Ball, Gundam, One Piece dan yang lain-lain termasuklah pelekat-pelekat 3D. Ini kerana hiasan-hiasan kecil seperti ini boleh mengalihkan perhatian anda ketika memandu dan juga boleh mendatangkan kecederaan jika berlakunya kemalangan.

2). Kasut bersepah
Sebagai wanita, sudah semestinya anda menyukai kasut-kasut yang dimiliki. Tetapi bila masuk dalam kereta, kasut dibuka dan dibuang ke tepi. Akhirnya? Memandu tanpa menggunakan kasut. (Tabik spring kepada wanita yang mahir memandu menggunakan heels). Untuk golongan wanita yang gemar memandu berkaki ayam ini, jangan sesekali meletakkan kasut anda di bawah kerusi. Letaklah di ruangan yang disediakan atau paling tidak campak saja ke bawah kerusi penumpang belakang ataupun tepi kiri. Ini boleh menyelamatkan nyawa anda sekiranya kasut anda secara tidak sengaja mengelongsor di bawah pedal brek. Ini boleh membahayakan pemanduan anda. Jadi, sebelum memulakan pemanduan, pastikan kasut-kasut anda diletakkan ditempat yang disarankan tadi. Jangan ambil mudah ye!


3). Make Up semasa memandu
Kita selalu nampak kebanyakan golongan pemandu wanita muda terutamanya gemar make up ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya atau ketika berhenti di lampu isyarat merah. Ya, perbuatan ini mungkin menjimatkan masa bagi sesetengah wanita tetapi sebenarnya tidak! Kalau nak make up, sila make up di rumah sebelum keluar atau make up setelah sampai ke destinasi. Jangan sesekali ber'make-up ketika berhenti (sementara) dalam perjalanan kerana ini boleh menjejaskan konsentrasi pemanduan dan anda menjadi ancaman bahaya kepada pemandu-pemandu yang lain di sekitar anda. Sebagai pemandu, anda harus peka dan mata sentiasa fokus pada pemanduan dan jalan. Lipstik tu boleh tunggu la wei!


4). Belajar perkara-perkara 'basic' mengenai kereta
Kebanyakannya hanya tahu pandu tetapi perkara-perkara asas mengenai kereta? Langsung tak tahu. Inilah yang selalu terjadi pada golongan wanita. Bila kereta rosak, mulalah menangis meminta tolong.

Masa untuk berubah dan buang jauh-jauh persepsi negatif seperti itu. Belajarlah perkara-perkara asas mengenai kereta seperti periksa keadaan tayar, minyak, air dalam radiator. Ataupun bila anda mendapatkan khidmat servis di bengkel kereta, rajinkan diri bertanyakan soalan-soalan yang boleh membantu anda mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan kereta. Jadi, bila ditimpa masalah tanpa diduga, sekurang-kurangnya anda boleh tahu apa yang terjadi pada kereta anda.


5). Biarlah diorang nak duduk macam mana pun!
Ini adalah sesuatu yang golongan lelaki harus faham. Bila lelaki masuk dalam kereta kereta wanita, jangan sesekali membebel dengan cara pemanduan wanita yang sangat rapat dengan steering atau duduk terlalu tinggi. Itu adalah pilihan mereka dan mereka menetapkan kedudukan sedemikian kerana ia memberikan keselesaan dan rasa selamat kepada wanita. So terimalah hakikat!


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ