Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Rahsia Kecantikan Puteri Diana





Bersempena ulang tahun kematian Puteri Diana yang ke-15 pada 31 Ogos ini, bekas jurusoleknya, Mary Greenwell telah berkongsi beberapa tips kecantikan asas yang diamalkan olehnya.

Dipetik daripada temubual bersama Stylist, Greenwell yang pernah bekerjasama dengan Diana pada tahun 1991 berkata, wanita berkenaan sangat mematuhi regim kecantikannya dengan membasuh dan melembabkannya dua kali sehari.

"Diana sangat mementingkan kecantikan kulit wajahnya. Dia sentiasa memastikan wajahnya dicuci daripada sebarang solekan sebelum tidur dan mempunyai wajah bersih sebelum memakai solekan," ujarnya.

Malah menurut Greenwell, Diana bukan sahaja mematuhi regim kecantikannya, dia turut mengamalkan kehidupan sihat yang sekaligus membantu penampilannya itu.

"Tidak ramai yang lakukan perkara ini dan saya secara peribadi merasakan anda patut mengamalkannya. Tidur yang cukup sangat penting, begitu juga dengan senaman dan diet yang seimbang. Diana melakukan segala-galanya secara sederhana.

"Wanita sekarang perlu menjaga diri mereka dengan cara yang sama. Jika anda merokok, minum atau lakukan segalanya secara berlebihan, anda akan memusnahkan satu aset penting dalam kecantikan iaitu kulit anda," jelas Greenwell lagi.

Menceritakan tentang rutin kecantikan dengan Diana, Greenwell memberitahu, mereka selalu mulakan dengan pelembab, dan bedak asas yang sesuai dengan tona kulitnya, kemudian menggunakan concealer pada bahagian mata, diikuti dengan maskara, pemerah pipi dan gincu.

Tambahnya lagi, Diana seorang yang bersikap terbuka dengan gayanya dan gemar mencuba perkara baru.

"Diana berfikiran terbuka dan tidak kisah mencuba gaya terbaru. Saya rasakan selepas kami mula bekerjasama, dia menyedari rambut dan solekan adalah sesuatu yang tidak patut dipandang remeh oleh sesiapa pun.

"Dia tidak kisah bereksperimentasi dengan gaya baru dan warna. Semua wanita harus berbuat demikian agar anda tidak kekal dengan gaya yang sama sahaja," katanya.

Sumber: tupai.com.my


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ