Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



UMMALAND GANTI FACEBOOK





Pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter kini boleh bertukar menggunakan laman sosial berbentuk Islamik iaitu Ummaland.

Ummaland dilancarkan pada 1 Februari 2013 oleh pengasasnya iaitu Maruf Yusupov, Jamolidding Daliyev dan Mahmudjan Memethaji sebagai platform media sosial eksklusif untuk memberi manfaat buat orang Islam.

Maruf Yusupov



Setiap hari sekurang-kurangnya seramai 1,000 ahli baharu menyertai laman sosial ini.

Satu perkongsian menerusi blog The Muslim Brick menyatakan Ummaland menarik umat Islam untuk mengelakkan diri daripada melakukan dan melihat perkara-perkara haram seperti yang terdapat dalam laman sosial Facebook.

Laman sosial Islamik berkenaan juga dikatakan lebih menjurus kepada perbincangan mengenai agama Islam dan kerap mengetengahkan keadaan masyarakat Islam hari ini.




Perbincangan berkenaan politik, kebencian, keganasan dan peperangan tidak dibenarkan sama sekali.

Selain itu, Ummaland menawarkan maklumat, interaksi dan iklan yang lebih Islamik dengan tidak mengeksploitasi gambar-gambar berunsur lucah.

Dalam masa yang sama, Ummaland menjadi platform untuk menarik seramai mungkin orang bukan Islam mendekati Islam dengan nilai-nilai murni Islam yang terdapat dalam media sosial tersebut.

Sehingga semalam, seramai 162,429 pengguna telah menyertai Ummaland.



Cara mendaftar di Ummaland

Web ummaland masih baru.. biasa lah.. macam facebook jugak masa mula-mula dulu. Tapi nanti akan banyak update. Kalau nak tukar nama kena tebalikkan full name jadi username. Username jadi fullname. Kalau kat smartphone memang dia tak boleh edit picture. Kena buat kat pc. Nak cari kawan pun kat pc juga. Ida dah buat. Tengok beza dengan smartphone dan pc.. mungkin baru lagi. Banyak lagi kekurangannya.. bagi masa dekat ummaland.... kita support yang Islamik punya... 


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ