RITA RUDANI BALAS TEGURAN TERBUKA PEMINAT TENTANG AURAT!
Manis macam ni kan? |
Bab peminat menegur artis secara terbuka khususnya dari segi penampilan memang sudah menjadi kebiasaan di laman sosial, namun tidak semua artis menerima cara ini dengan baik. Malah adalah boleh mengundang pertengkaran.
Terbaru Rita Rudani menjadi mangsa terbuka peminatnya di instagram apabila ada peminat yang cuba menasihatinya secara terbuka mengenai kewajiban menutup aurat.
Mungkin merasakan cara teguran itu menjatuhkan air mukanya, dia membalas komen peminatnya itu dengan cara baik.
Rasanya tiada yang salah dalam teguran peminat tersebut cuma mungkin tidak sesuai kerana ia turut dibaca oleh orang lain. Kalau anda sekali pun jika ditegur secara terbuka begini tentu menyirap juga kan? Ada baiknya jika setiap artis meletakkan alamat emel masing-masing agar peminat yang benar-benar ikhlas mahu menasihati mempunyai saluran tertutup jika mahu berinteraksi kepada mereka. - mynewshub.cc
Nota: Teringat pesanan Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini meminta stesen televisyen dan media agar tidak lagi mengeluarkan gambarnya yang tidak menutup aurat.
1 comments:
Dalam soal tegur manegur atau menasihati ini..ibaratnya...menarik seurat rambut dalam tepung..rambutnya tidak putus...tepungnya tidak berselerakkan..telus dan tulus..
Post a Comment