HARIMAU PUTIH SEBENARNYA CUBA SELAMATKAN LELAKI INDIA
Pastinya semua masih ingat akan kejadian yang menyayat hati yang mana seorang lelaki telah dibaham harimau putih setelah terjun ke dalam kandang harimau tersebut di Zoo New Delhi
Menurut laporan media, lelaki tersebut mati selepas lehernya digigit dan diheret oleh harimau putih tersebut jauh ke dalam kandang.
Namun, cerita tersebut bukan selesai di situ sahaja selepas laporan forensik dikeluarkan.
Menurut status Facebook yang dimuat naik seorang warga India, Manchu Vishnu, sebenarnya harimau itu berniat untuk melindungi dan menyelamatkan lelaki tersebut daripada ancaman orang ramai yang mula membaling batu ke arah mereka.
Kenyataan tersebut berdasarkan luka pada badan mangsa tersebut yang mana hanya terdapat pada bahagian leher yang mana ketika harimau tersebut menggonggong untuk dibawa ke tempat lain.
"Berita terkini mengenai insiden harimau putih yang dikatakan membaham seorang pelajar lelaki di Zoo New Delhi minggu lepas mendapati, harimau putih itu sebenarnya cuba menyelamatkan lelaki itu daripada batu-batu yang dilemparkan oleh orang ramai ketika itu. Dia kemudiannya menggigit leher lelaki tersebut dan membawanya jauh dari orang ramai. Walaubagaimana pun gigitan harimau putih itu menyebabkan luka yang dalam dan lelaki tersebut tidak dapat diselamatkan. Harimau secara umumnya akan menggigit leher anak-anaknya untuk menyelamatkan mereka dari ancaman. Menurut pihak zoo New Delhi, tiada luka lain di badan mangsa. Anak harimau mempunyai bulu tebal tambahan di kulit leher mereka supaya ia boleh di bawa oleh ibunya ketika di ancam."
1 comments:
Ini cari pasal namanya.. takpelah, mangsa pun dah arwah.. Huhu..
Post a Comment