4 Tempat Bacaan Pelik Dalam Al-Quran
Cuba kita selak semula lembaran hidup kita. Sepanjang kita bergelar muslim, berapa kali kita sudah khatam al-Quran.
Jika setahun sekali, alhamdulillah. Jika sebulan sekali, itu sudah cukup bagus!
Tetapi persoalannya, yakinkah kita bahawa bacaan kita itu menepati kaedah sebenar yang diajar Nabi s.a.w?
Tolak tepi makhraj Arab yang agak sukar disebut oleh orang Melayu kita (kecuali jika benar-benar dilatih oleh guru al-Quran), bagaimana pula dengan benda-benda basic?
Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda.
Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada ‘kuantiti’ bukannya ‘kualiti’ bacaan.
Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi melakukan 12 kesalahan berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam sebulan sekali itu dan fokus untuk improve bacaan al-Quran kita dari segenap aspek (makhraj, tajwid, kaedah bacaan dsb).
Tapi kalau semuanya OK, alhamdulillah =)
1) Surah Huud ayat 41
Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa
Bukannya maj + roo + haa
ataupun maj + ray + haa
Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)
Rujuk link:
http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)
2) Surah Yusuf ayat 11
Asal perkataan tersebut ialah ‘Laa tak-ma-nu-na’, yang bermaksud, “Tidak percayakan kami.”
Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.
Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut ‘tak-ma-nu-na’ tetapi ‘nu’ itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.
Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na
Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.
Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام
3) Surah Fussilat ayat 44
Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.
Asal perkataan ini ialah a-a’-ja-miy.
Hamzah pertama bermaksud ‘adakah’.
Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab:A’jamiy – yang bermaksud ‘orang bukan Arab’.
Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a’jamiyy,
tetapi lebih kepada
Aaa’jamiyyuw wa ‘arabiyy
Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan ‘ain.
Rujuk link:
http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)
4) Surah al-Ahqaaf ayat 4
Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.
Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.
Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.
Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?
Tapi kat sini pelik sikit.
Kita kena baca:
ii-tuu-nii
Bukannya
Uk-tuu-nii
http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A
(minit ke 0:53)
*****
Penulisan dalam blog sangatlah terhad. Jika anda takut tersalah, rujuklah mana-mana guru al-Quran. Dengar dan ikutlah bacaan dia. Itu lebih selamat. Wallahua’lam.
=)
sumber: effysaiful.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment