Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Mayang Prasetyo Yang Dibunuh Di Australia Adalah Pelacur Bertaraf Antarabangsa??




Brisbane: Wanita Indonesia yang dibunuh dan dipotong mayatnya didakwa pelacur komersial bertaraf antarabangsa.

Media Australia Couriermail.com.au melaporkan, Mayang Prasetyo mengenakan bayaran sehingga lebih RM1,300 sejam.

“Mangsa kemudian dipotong dan ditanak suaminya di sebuah apartmen adalah pelacur kelas tinggi,” lapor laman sesawang itu.

Memetik sumber, media itu mendakwa mayang turut memasarkan dirinya dan mencari pelanggan secara dalam talian.

Semakan di Internet menunjukkan Mayang - seorang pondan - menulis promosi di sebuah laman sesawang:

“Rebut saya sekarang sebelum terlambat.”

Ibu Mayang, Nining Sukarni, berkata anaknya itu adalah orang yang banyak membantu keperluan kewangan mereka seharian.

“Mayang sering menghantar wang terutama untuk dua adiknya yang baru berusia 15 dan 18 tahun,” katanya.

Polis Australia menemui mayat busuk Mayang di apartmen didiaminya bersama Marcus Volke, 28, kelmarin selepas penduduk setempat mengadu terhidu bau busuk di situ. - Agensi/myMetro


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ