Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Penganut Hindu Di Singapura Dihalang Polis Ketika Perayaan Thaipusam.




Malang nasib Penganut Hindu di Singapura.. Dihalang Polis ketika Thaipusam.

Jika di Malaysia penganut agama Hindu meraikan Thaipusam dengan aman serta tanpa gangguan walaupun negara ini majoritinya beragama Islam, lain pula keadaannya di Singapura..

Di negara berkenaan, penganut agama Hindu terpaksa menyambut Thaipusam tanpa sebarang alat muzik serta bunyi-bunyian. Bayangkan perarakan Kavadi tanpa sebarang bunyi muzik.., begitulah keadaannya di Singapura.

Hari ini, berlaku satu kekecohan apabila Polis di negara tersebut dikatakan melakukan kekasaran terhadap para penganut Hindu yang sedang membawa Kavadi di Serangoon Road.

Polis didakwa telah menolak seorang wanita berbangsa India hingga jatuh ke lantai jalan ketika mahu menyuraikan perarakan kavadi yang diiringi oleh sejenis gendang yang dipanggil 'Urumi'.. Akibat dari insiden berkenaan, berlaku tolak menolak diantara peserta perarakan dengan Polis.

3 lelaki india telah ditahan kerana didakwa melakukan kekasaran kepada pihak Polis. Manakala video kejadian berkenaan telah menjadi viral di laman sosial serta menerima kecaman hebat dari minoriti rakyat beragama hindu di negara berkenaan.
- utaranews.com


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ