Pesalah Laku Seksual Kanak2 Akan Berkerumun Ke Kelantan Jika Hudud Dilaksanakan - Datuk Noor Farida Ariffin
Hanya kerana hukum Islam yang cuba dibawa PAS ke negeri Kelantan yang dikatakan masih samar, terutamanya membabitkan kesalahan seksual, jurucakap kumpulan 25 Melayu profesional G25 Datuk Noor Farida Ariffin berkata struktur masyarakat masih belum sesuai untuk pelaksanaan hukum Islam tersebut.
Farida berkata, sarjana Islam berpendapat terdapat banyak syarat yang perlu diambil kira sebelum hudud dilaksanakan.
“Kita perlu ada masyarakat yang adil, perbezaan antara kaya dan miskin yang sedikit, tetapi di sini antara Melayu pun ada jurang,” katanya, ketika forum “Malaysia, Kebebasan Ekonomi, dan Globalisasi” anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) bersempena kelahiran Tunku Abdul Rahman ke-112 di Kuala Lumpur hari ini.
“Masalahnya ustaz-ustaz kampung menyebarkan mesej hudud itu undang-undang Tuhan dan kita tidak boleh persoalkan,” katanya.
Noor Farida berkata, mengambil contoh kesalahan zina, undang-undang hudud Kelantan menolak penggunaan bukti saintifik seperti sampel DNA dan cap jari, sebaliknya hanya menerima bukti 4 saksi mata kejadian zina tersebut.
“Disebabkan mereka menggunakan bukti kurun ke-12 sebagai pembuktian untuk kes zina, menolak bukti saintifik.
“Mereka menegaskan hanya itu caranya untuk membuktikan berlakunya kejadian zina… ini tidak masuk akal,” katanya.
“Pemimpin PAS naik kereta, kapal terbang, tetapi tidak terima bukti saintifik.”
Malah, Nabi Muhammad katanya turut menganjurkan umatnya berkenaan kepentingan menuntut ilmu itu begitu tinggi.
“Nabi sendiri bersabda, tuntutlah ilmu walau ke negeri China. Jika hudud dilaksanakan di Kelantan, pesalah laku seksual kanak-kanak sudah pasti akan berkerumun di Kelantan.”
“Di sana mereka boleh rogol kanak-kanak atau orang dewasa, inilah dia hudud PAS,” katanya.
PAS dikatakan akan membentangkan Rang Undang-undang hudud dalam sesi Dewan Rakyat akan datang walaupun pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat lain mahu ajak berbincang terlebih dahulu.
Sumber: The Malaysian Insider
Nota: Islam tidak menolak bukti saintifik. Jika kesalahan zina itu sabit, tapi tiada 4 org saksi, maka bukti secara saintifik masih boleh diterima, penzina terlepas hudud kerana tiada 4 saksi, tapi masih dihukum secara takzir berdasarkan bukti saintifik.
0 comments:
Post a Comment