BERAPA HARI SOLAT JAMAK QASAR YANG DIBOLEHKAN DALAM TEMPOH MUSAFIR
Al-KAFILI AL-FATAWI
AL-KAFI#255 : MAKSUD MUSAFIR, MUKIM, DAN BERMASTAUTIN SERTA BERAPA HARI BOLEH JAMAK QASAR
SOALAN:
Assalamualaikum Ustaz..
1) Mohon sangat2 memberi pencerahan mengenai soal Jama' dan Qasar..
Sebab lain2 guru membuatkan penjelasan yang berbeza dari sudut hari.. Ramai masyarakat kita yang masih keliru dan tidak faham/hadam tentang perkara ini.. Mohon ustaz perjelaskan mengenai maksud Musafir/Bermukim/Bermastautin.
2) Dan dalam tempoh musafir, berapa hari yang dibenarkan solat jama' dan qasar..
Dan beberapa perkara penting yang Masyarakat khususnya Orang Islam di Malaysia perlu tahu.. Mohon ustaz perjelaskan.. Jazakallah..
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Musafir bererti seorang yang melakukan perjalanan jauh melebihi 2 marhalah atau 81 KM. Bermukim bererti seorang yang menetap di suatu tempat lebih daripada tiga hari tidak termasuk hari datang dan hari keluar. Manakala bermastautin pula bermaksud tempat tinggal hakikinya.
Tempoh dibolehkan qasar dan jamak untuk musafir ialah tiga hari tiga malam, tidak termasuk hari datang dan hari pulang. Jika seseorang itu berniat untuk tinggal di suatu tempat selama empat hari atau lebih, maka dia tidak boleh qasar dan jamak ketika sampai di tempat itu kerana dia sudah dikira bermukim. Adapun ketika masih dalam perjalanan, tiada had hari yang tetap, dan dibolehkan qasar dan jama’ sehigga sampai ke destinasi musafir.
Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/187).
Sumber : http://www.muftiwp.gov.my/
0 comments:
Post a Comment