Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Firaun Hari Ini (kupasan ringkas)

Firaun Hari Ini


Firaun Hari Ini. (kupasan ringkas)

Manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq). Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia adalah manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia juga yang telah membina kota Babylon yang amat mahsyur, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah kini disebut sebagai New World Order.

Nama ‘Nimrod’ dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang bererti “membangkang atau murtad” . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab. Contoh kata “Marad” di dalam bahasa Arab ialah “Ridda” yang bermaksud “murtad”.

Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai firaun pertama yang mengaku dirinya sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid ajaran Nabi Ibrahim a.s. Raja Namrud juga cuba membakar Nabi Ibrahim a.s hidup-hidup kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan. Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.

“Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan”. Orang itu berkata: “Aku dapat menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” Surah Al baqarah : [Ayat 258]

Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod/Namrud telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan hal sedemikian.

Dari catatan² manuscript kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya Raja Namrud teramat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Raja Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal/Krismas.

Diceritakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran ‘Orion‘ yang bermaksud ‘benih seorang wanita’. Semiramis mula dikenali sebagai ‘Ibu perawan’, ‘Ibu suci’ dan ‘Dewi dari syurga’. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.

Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai ‘Ratu Langit’ oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai ‘Anak Suci dari Syurga’. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.

Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu ‘benih seorang wanita’.

Kemudiannya, ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.

Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut. Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.

Keturunan Namrud sebenarnya masih berterusan hingga ke hari ini. Banyak kajian dibuat dan diakui sendiri oleh mereka yang mengkaji maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline). Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.

Organisasi Iluminati dikuasai oleh 13 keturunan Yahudi terpilih iaitu Rothschild, Rockefeller, Astor, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassis, Reynolds, Russel, dan Van Duyn.

Kesemua keturunan ini mempunyai peranan masing masing seperti Rothschild misalnya berperanan dalam penajaan kewangan, keluarga Rockefeller lebih kepada pengaruh politik antarabangsa manakala Collins lebih kepada kesihiran, ilmu hitam dan mistik.

Salah satu dari 13 keturunan tersebut ada yang mempunyai pertalian langsung dari darah keturunan Raja Namrud, raja yang mencampakkan Nabi Ibrahim a.s ke dalam unggunan api besar. Namrud adalah raja dari salasilah keturunan cucu-cicit Ham, anak kepada Nabi Nuh a.s.

Fritz Springmeier adalah orang pertama yang mendedahkan salasilah keturunan Illuminati dan bagaimana ia berkembang hingga ke hari ini, Akibat dari pendedahan berani pada 1995, Fritz telah dipenjarakan atas tuduhan palsu (yang direka-reka oleh kerajaan Amerika) merompak bank di Syria, mengedar video lucah dan mengedar dadah. Selain itu, rumahnya juga telah diserang hendap oleh pasukan FBI tanpa sebab pada 1 Mac 2003.

Pendedahan Fritz tentang keturunan-keturunan Yahudi yang terpilih ini membuktikan ada "seseorang" yang mengetahui salasilah keturunan yang panjang sehingga ke zaman Nabi Nuh.

Mengumpul dan menjaga salasilah sesuatu keturunan sejak beribu-ribu tahun dahulu adalah kerja yang sukar kerana manusia berpindah-randah dan beranak pinak dari masa ke semasa. Namun ia bukanlah kerja sukar jika hal demikian diuruskan oleh "seseorang" yang berumur panjang, ribuan tahun.

Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti republik (re PUBLIC), demokrasi, komunis dan sebagainya. Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka. Dan yang paling PENTING, rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati dan berlaku PERPECAHAN sesama sendiri!

Semoga kita dapat mengambil manfaat darinya, mencegah mana-mana yang memudaratkan dan berusaha untuk menguatkan aqidah diri agar umat Islam dapat kembali bersatu buat kali yang kedua. Kebangkitan Islam kedua merupakan janji Allah untuk umat akhir zaman setelah kebangkitan Islam pertama yaitu zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Ini adalah suatu kasih sayang yang sangat besar dari Allah kepada hamba-hambaNya terutama umat Islam di akhir zaman.

Islam sudah tidak mempunyai jati diri. Islam sudah dipandang sebelah mata oleh musuh-musuh Islam. Bukan kerana besarnya musuh-musuh Islam, tapi kerana lemahnya umat Islam itu sendiri. Kita telah ketahui bahawa banyak negara-negara Islam yang kaya raya, menjadi "ceti dunia" atau dengan kata lain negara penderma. Tapi apa yang terjadi? Mengapa Islam tidak dipandang megah? Hal itu terjadi kerana umat Islam sudah seperti buih di lautan dan telah terkena penyakit Al Wahan. Seperti hadis Rasulullah SAW:

Rasulullah SAW bersabda: "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus. "Sahabat bertanya," Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat? "Sabda Rasulullah," Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut. "Sahabat bertanya lagi," Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut? "Jawab Rasulullah," Kerana ada dua penyakit iaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan. "Sahabat bertanya lagi," Apakah itu Al Wahan? "Rasulullah bersabda, "Cinta dunia dan takut mati".

Tetapi dengan keadaan seperti itu Allah berjanji melalui lidah Rasulullah bahawa Islam akan kembali bangkit untuk kedua kalinya di akhir zaman ini. Hadis Rasulullah SAW:

Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya "Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman".

Bagaimana pun kerosakan di dunia, Allah telah berjanji melalui Rasulullah SAW, Islam pasti akan kembali bangkit untuk kedua kalinya.

Di hadis lain disebutkan bahawa:

Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya: "Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya: "Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?". Beliau menjawab: "Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan, tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi. "

Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda:

"Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi ". (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

Dari Tsauban RA, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)

Dari hadis-hadis diatas, kebangkitan Islam kedua ternyata akan bermula dari Timur. Tetapi pertanyaanya Timur sebelah mana? Jika kita melihat pola penyebaran Islam ke timur oleh para sahabat dan para tabiin, tabiut tabiin dan para pejuang-pejuang dahulu, kita akan melihat bahawa mereka bergerak kearah Timur hingga berhenti ke wilayah Asia Tenggara ini. Telah kita ketahui menurut sejarah bahawa PengIslaman Indonesia banyak dilakukan oleh saudagar-saudagar dari Hujurat. Tapi sebenarnya peniaga-peniaga dari Hujurat itulah utusan-utusan dari khalifah-khalifah Islam zaman itu untuk mengislamkan timur. Rasulullah memang tidak menyebutkan Timur sebelah mana. Tetapi jika kita kaji, kita lihat sejarah dengan teliti, maka kita akan dapat melihat suatu pola yang cukup memberi alasan logik mengapa Asia Tenggara adalah Timur yang dimaksudkan.

Contoh saja Jawa atau Nusantara secara umumnya. Sebelum Islam masuk, Nusantara adalah daerah beragama budha-hindu dan menganut kepercayaan animisme dan dinamisme. Lalu datanglah beberapa gelombang wali-wali yang langsung berasal dari timur tengah. Mereka terkenal dengan sebutan wali songo. Banyak ditemui di beberapa kawasan di Malaysia makam para wali-wali. Bahkan di daerah Barus, Sumatera Utara, ditemui makam Sahabat Rasulullah yang di nisan tersebut bernama Syeikh Rukunuddin.

Jika kita kaji lagi setelah Indonesia dijajah selama 350 Tahun oleh penjajah Belanda ketika itu yang salah satu misinya adalah mengkafirkan umat Islam di Nusantara, tetapi ternyata umat Islam dia Asia Tenggara tidak boleh di musnahkan, malah semakin membesar. Hal ini tidak berlaku di Afrika. Penjajahan di Afrika dapat mengubah agama di sana yang semula Islam menjadi bukan Islam. Kita boleh melihat sejarah Senegal, Mali, Nigeria dan sebagainya.

Selain itu, di tanah Nusantara ini kepercayaan terhadap Imam Mahdi sangat kuat. Mereka mengenalinya dengan nama Ratu Adil. Hal ini berkat dari para wali dan juga kitab-kitab yang ada di nusantara ini iaitu Joyoboyo, babad cirebon.

Mengapa perkara itu terjadi? Mengapa para wali atau yang disebut oleh ahli sejarah sebagai pedagang dari Hujarat itu datangnya ke Tanah Air, tidak ke China, ke Rom, atau Parsi yang waktu itu menjadi Empire. Jawapannya adalah kerana mereka menagih janji Allah melalui Rasulullah SAW bahawa Islam akan bangkit untuk kedua kalinya di bumi sebelah Timur. Hati mereka digerakan oleh Allah untuk mempersiapkan timur ini. Kita adalah orang Timur. Sebenarnya ini adalah kasih sayang Allah kepada kita. Setiap bangsa akan mengalami kejayaan dan keruntuhan (bangsa melayu [Bani Jawi] belum pernah pimpin dunia) sedangkan bangsa Mesir, Roma, Yunani, Mongol, China, Inca, Amerika, pernah jaya tapi akhirnya hancur juga. Hanya Melayulah bangsa yang belum pernah memegang kuasa dunia. Itu semuanya melalui Kebangkitan Islam kedua.

Begitulah sistem Allah untuk mengembalikan kejayaan dan kemenangan Islam. Harus ada Pemimpin yang Allah tunjuk dan ada pengikut dan sistem yang mengikutinya atau dalam kata lain pemimpin itu mesti bersama dengan jamaahnya. Pemimpin ini bukan ditunjuk-tunjuk oleh manusia dengan sistem demokrasi tetapi ditunjuk oleh Allah melalui orang² Allah.

Begitu juga dengan kebangkitan Islam kedua, cara dan jalannya seperti itu, mesti ada pemimpin yang ditunjuk oleh Allah untuk memulai kebangkitan Islam kedua.

Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang [Nasihat untuk kebaikan perlu disebut berulang kali]
Wallahu a'lam


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ