Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Biodata Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan

Dr Mazslee Malik Menteri Pendidikan


Maszlee Malik dilahirkan pada tahun 1974 dan membesar di Johor Baharu. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (STAR) (2) dan kemudiannya ke Maktab Sultan Abu Bakar (English College). Pada tahun 1989 beliau telah memilih untuk menceburkan diri di dalam pendidikan Islam dan telah menyertai Madrasah al-Quran Waddin dan kemudiannya ke Maahad Johor.

Setelah itu permusafiran ilmunya dilanjutkan ke Jordan sehingga berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda dari Universiti Al al-Bayt, Jordan dan kemudiannya meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana dari Universiti Malaya. Kedua-duanya di dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh.

Maszlee Malik telah melanjutkan pelajaran di School of Goverments and International Affairs (SGIA) di University of Durham para tahun 2007 dan mendapatkan ijazah kedoktoran di dalam bidang Good Governance pada tahun 2011.

Kini Maszlee Malik merupakan pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di mana beliau telah berkhidmat di sana semenjak tahun 2000.


Maszlee Malik juga merupakan ahli Multaqa Asatizah dan Du'at (MURSHID), ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia, dan penasihat ahli lembaga kepada beberapa NGO dan badan pendidikan seperti Teaching for the Needs (TFTN), Pusat Pendidikan Downsyndrome Orkids (ORKIDS), Pertubuhan Darul Fitrah, IDEAS Autism Centre, Lembaga Pusat Pendidikan al-Amin dan juga penaung kepada kelab penyokong kelab bolasepak Manchester City Malaysia.

Di media pula, Maszlee lebih dikenali sebagai moderator debat dan wacana politik dan juga penganalisis politik Timur Tengah, pemikiran politik Islam dan juga gerakan Islam kontemporari.



Dilantik menjadi Menteri Pendidikan dalam kabinet baru Kerajaan Pakatan Harapan pada 18 Mei 2018 dan mengangkat sumpah  pada 21 Mei 2018 di Istana Negara ketika berusia 44 tahun.

Mazslee Malik



Sumber: https://www.goodreads.com/author/show/2761910.Maszlee_Malik


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ