Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Biodata YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Muar

Biodata YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman


Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah merupakan Ahli Parlimen Muar dan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau adalah bekas Juara Debat Asia. Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Undang-undang.

Beliau telah dilahirkan pada 6 Disember 1992 di Pulai, Johor Bahru, Johor, Malaysia. Beliau pernah belajar di Maktab Tentera Diraja sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Semasa beliau menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, beliau telah bertanding dalam satu pertandingan debat peringkat Asia dan telah berjaya menjadi Juara Debat Asia.

Buat pertama kali dalam sejarah, beliau dicalon sebagai calon Ahli Parlimen bagi kawasan Muar serta memenangi undi terbanyak dalam Pilihanraya Umum ke14 (PRU14) sekaligus menjadi MP termuda dalam kerajaan baru Pakatan Harapan 2018.


TIMBA PENGALAMAN DI RMC

“Siapakah Syed Saddiq?” soal saya bernada santai. Dia memikirkan seketika, lantas menjawab, “Saya orang yang bangga menjadi anak Malaysia. Ini semua disebabkan semangat patriotisme telah dididik sejak bersekolah di Maktab Tentera Diraja (RMC). Setiap pelajar RMC akan ‘dibasuh’ supaya mencintai negara. Dan ternyata ia berjaya mengubah diri saya ke arah lebih baik.”

Sambung Syed Saddiq, “Saya berasal dari Johor Bahru dan baru habis jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Dan kalau nak tahu, saya sangat kuat bekerja. Sama seperti ibu saya. Pada masa sama, saya melakukan lima kerja sambilan. Saya turut bergelar pensyarah sambilan dalam subjek pengucapan awam, penyelidik di Bait Al-Amanah dan pelatih debat untuk junior saya di UIA dan pasukan debat kebangsaan. Tapi sekarang, saya sedang memfokuskan terhadap pergerakan belia. Saya sedang giat menyertai mana-mana pergerakan atau organisasi berjuang secara aktif khusus isu-isu berkaitan belia. Dan tak lama lagi saya akan memperkenalkan landasan baru khusus golongan belia.”

Syed Saddiq memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru dan kemudiannya meneruskan pengajian menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (English College). “Saya bersekolah di sekolah sama dengan tempat ibu saya mengajar. Ibu saya bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di EC. Apa sahaja saya cuba lakukan di sekolah pasti akan diketahui ibu. Buat nakal sikit, pasti ibu tahu. Haha. Nak ada girlfriend pun susah!”

Setelah mendapat keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Syed Saddiq melanjutkan pengajian menengah di RMC. Biarpun terpaksa menempuh pelbagai bentuk cabaran sepanjang bersekolah di RMC, dia tetap menganggap pengalaman dua tahunnya di RMC antara paling bermakna dalam hidupnya. Ia juga telah mengubah dan membentuk dirinya hari ini.

“What have you learned there?” “Dua perkara! Menjadi lebih tabah dan mudah rasa simpati terhadap sesuatu perkara. Kalau you jumpa saya lima tahun lalu, I was a completely different person.” “Beza yang bagaimana?” “I was a bigot. Yes, a bigot. Boleh bayangkan tak? Saya tersangat malu dengan diri saya terdahulu. Boleh dikatakan dengan semua orang, saya akan mengecam, menyakat dan diskriminasi mereka tanpa mengira perasaan. Tapi setelah bersekolah di RMC, barulah saya berubah. Kerana di situ saya dapat berjumpa dengan pelbagai jenis orang yang datang dari latar belakang berlainan. Pelbagai ragam, perwatakan dan seksualiti orang pernah saya kenali. Lantas, ia mengubah cara saya memandang orang lain. Acceptance juga saya belajar di sekolah tersebut.”

Seperti mana diketahui, RMC adalah institusi pendidikan yang amat mementingkan disiplin. Yang biasa kedengaran, setiap pelajar akan dilatih seperti tentera. Mungkin mencabar bagi sesetengah daripada kita, tetapi tidak buat Syed Saddiq. Ceritanya, “Seawal jam 4.30 pagi saya perlu bangun dan melakukan persiapan untuk keesokan hari. Selepas tamat sesi belajar, kami akan menghadiri sesi latihan tentera sampai waktu petang pula. Setelah terbiasa dengan rutin tersebut, ia sedikit sebanyak mendidik saya agar menjadi orang lebih tabah juga sabar. Tak takut akan cabaran. Sehinggalah hari ini, saya sudah terbiasa tak tidur lebih daripada lima jam. Kalau terlebih, saya akan rasa rugi dan amat bersalah.”

Tambah Syed Saddiq, arwah datuknya banyak mempengaruhi minatnya terhadap bidang tentera. Dan cintanya terhadap bidang tentera telah pun dipupuk sejak kecil. “I love everything about the military. Saya gemar membaca majalah-majalah tentang ketenteraan seperti Parajurit dan Tempuh.”

PENDEBAT TERBAIK ASIA

Cerita Syed Saddiq lagi, banyak pengalaman menyeronokkan dialaminya sepanjang menceburi bidang perdebatan. Antaranya, dia berpeluang mengembara ke 25 negara juga menerima layanan kelas pertama daripada pihak-pihak tertentu. “Atas tuntutan debat, saya berpeluang mengembara ke serata dunia. Dari situlah saya belajar banyak benda baru melalui pendekatan budaya dan berkenalan dengan penduduk di sana. Tentang layanan pula, tiada satu pun aduan. Tetapi, saya taklah suka dilayan berlebih-lebih. Cukup sekadar biasa-biasa sahaja.”


Biodata YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman


Syed Saddiq, anak kedua dari empat beradik, mendapat anugerah pendebat terbaik Asia semasa mewakili UIA dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC) di Bali, Mei lalu. Malah, pasukan debatnya juga menempatkan universiti Islam itu di tempat ke-10 daripada 440 pasukan semasa Kejohanan Debat Universiti Dunia (WUDC) ke-35. Tahun ini telah menandakan lima tahun Syed Saddiq berkecimpung dalam dunia perdebatan. Lebih membanggakan, Syed Saddiq turut pernah meraih anugerah Pendebat Terbaik (ESL) di kejohanan Australasia, Cambridge dan Oxford Inter-varsities pada 2012-2014.

“Apakah perbezaan Syed Saddiq sekarang berbanding waktu awal menceburi debat?” “Banyak bezanya. Kalau nak ceritakan pun malu. Hanya ibu sahaja pernah menonton rakaman video pertama kali saya berdebat. Pada ketika itu, nampak sangat saya kurang pengetahuan dan fakta-fakta penting. Jadi, bagi ‘menutup’ kelemahan itu, saya sampaikan hujah-hujah debat dengan penuh keyakinan. Saya gemar tonjolkan keyakinan. Itulah cara saya!” Tanpa disangkal lagi, nama Syed Saddiq melonjak naik lebih-lebih lagi setelah dia dianugerahi gelaran pendebat terbaik sebanyak tiga kali. Dan secara tak langsung, ia menjadi batu loncatan buat Syed Saddiq dikenali ramai.

“How do you feel now?” “Amat terharu. Terutamanya setalah saya meraih trofi Pendebat Terbaik Asia kali ketiga. Kerana dengan anugerah tersebut, tidak ada sesiapa lagi boleh memperkecilkan nama Malaysia. Atau mengatakan Malaysia itu lemah. Tapi tahun ini adalah tahun terakhir saya boleh mewakili UIA. Kerana Jun nanti saya akan habis belajar. Walau bagaimanapun, komuniti perdebatan antarabangsa telah menghubungi saya dan menawarkan posisi ketua juri di perlawanan debat akan datang. Dan ini bererti saya akan berhenti berdebat. Now I’m running the global debate scene. This is even better! Adanya anak Malaysia yang menggerakkan arena debat bertaraf antarabangsa. Pada saya, ia sangat membanggakan. Selepas perlantikan itu, saya akan ke Belanda dan beberapa negara lain untuk menghadiri perlawanan debat.”

“Jadi, apakah ciri-ciri pendebat terbaik?” Syed Saddiq berpendapat, “It’s more about passion. Orang lain sering berpendapat sekiranya nak menyertai dunia perdebatan, mestilah fasih bertutur dan bijak. Tapi saya sebaliknya. Pada awal menceburi bidang debat, saya tidak fasih bertutur, cuma punya minat amat mendalam juga bersungguh-sungguh. Saya akan berlatih debat setiap hari bagi mempertajamkan skil debat. To the point, orang ingat saya gila sebab terlalu taasub! Sejak dahulu sehinggalah hari ini, saya akan cuba cari peluang berlatih debat seperti berdebat di depan cermin. Jikalau tersangkut dalam kesesakan lalu lintas pun, saya akan mendengar audiobook seperti The Economist dan BBC. Melalui teknik itu, mendapat pelbagai informasi baru. Lagipun, saya tak suka membazir masa. Minat ini seiring dengan pesanan ibu saya – ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’. Percayalah, ahli debat tidak dilahirkan berbakat semula jadi.”

Selain rajin mendapatkan fakta-fakta baru, Syed Saddiq turut menekankan bahawa persediaan awal juga aspek terpenting menjadi pendebat terbaik. Katanya, tak kira penat atau malas, melakukan kajian tentang sesuatu topik itu amat penting.
“Persiapan tak boleh last minute. Sekurang-kurangnya perlu sebulan lebih awal. Inilah yang selalu saya pesankan kepada junior debat saya. Jangan jadikan debat sekadar hobi, ia mestilah bertindak sebahagian daripada hidup anda. Sebab itulah, perlu berlatih setiap hari.”

Menurut Syed Saddiq, biarpun dia telah dianugerahi pelbagai gelaran dan anugerah besar, ia tidak bermakna dia perlu berlagak sombong. Merendah diri itu perlu dikuasai. “Saya masih kekal dengan saya seperti yang dulu, cuma lebih baik dari segi pemikiran dan pembawaan diri. Tapi jangan tak tahu, dunia perdebatan bisa membawa seseorang itu ke arah tak diingini. The dark side. Sebab apa, sekiranya seseorang pendebat itu telah lama berdebat dan banyak memenangi anugerah, ia ada kemungkinan cenderung ke arah tidak baik. Contohnya, akan mengubah diri menjadi bodoh sombong, angkuh, pemarah, tak boleh konfrontasi dengan orang lain dan sebagainya. Inilah yang saya tak mahu. Kena selalu ingat, debat bukan menghancurkan diri anda, sepatutnya mematangkan, mendewasakan dan menambahkan pengetahuan. Kalau tak tahu kawal diri atau kurang berjaga-jaga, ia bisa membinasakan diri anda. Trust me. You really don’t want to go to the dark side.” “Sampai begitu sekali ya?” “Benar. Terkadang-kadang perkara tak dijangka akan terjadi kepada diri anda disebabkan perdebatan. Seperti saya, saya akan sentiasa cuba kawal diri. Akan meminta kawan-kawan rapat menegur saya, sekiranya ada yang tak kena,” ujar Syed Saddiq lagi.

BERANI BERSUARA

Sepanjang berbual dengan Syed Saddiq, saya tak nampak dia seperti pelajar berumur 23 tahun yang biasa. Dia matang dan senang sekali diajak berbual juga bersungguh-sungguh meluahkan butir kata. Dalam perbualan kami, Syed Saddiq ada menyentuh tentang bangganya dia menjadi warga Malaysia. Tapi mengapa? “Mengapa sekarang Syed dilihat lebih gemar mengambil tahu tentang isu semasa di Malaysia berbanding dahulu?” Lantas Syed Saddiq meluahkan, “Sebab saya sedari saya adalah rakyat Malaysia. Bukan apa, sebelum ini saya terlalu sibuk berdebat tentang isu-isu di negara orang, tapi hal negara sendiri saya kurang ambil tahu. Dan pada saya, ia tiada makna sekiranya di negara sendiri pun saya tak ambil peduli.”

“Mungkin ada sebab tertentu? Alasan lebih peribadi?” tanya saya lagi. “Disebabkan selalu mengembara ke luar negara juga menjadi salah satu faktor utama. Misalnya, baru-baru ini saya ke Amerika dan berkesempatan melawat White House. Pelbagai reaksi saya tonjolkan kala melawat White House. Dan rasa sangat kagum dapat mendekatinya. Oleh itu, ia membuatkan saya terfikir, saya juga mahukan warga Amerika datang ke Malaysia dan melihat bangunan-bangunan ikonik di Malaysia dan mempunyai reaksi sama seperti saya. Saya mahu mereka kagum dengan Malaysia. Mungkin taklah sekarang, tapi 10 atau 20 tahun akan datang? I want people to know Malaysia!”


Sumber: glamlelaki.my,  Wikipedia


2 comments:

ternyata yb syed saddiq abdul juga biasa nonton live streaming bola di nobartv.id lohhh

26 July 2018 at 03:26 comment-delete

Ternyata yb syed saddiq sgt hansome org nya😊

18 September 2018 at 21:15 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ