Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



DERITA GAZA SIAPA YANG PEDULI

DERITA GAZA SIAPA YANG PEDULI




DERITA GAZA, SIAPA YANG PEDULI

Artikel ini adalah nukilan Lillian Rosengarten yang di sumbangkan kepada PalestineChronicleCom.Beliau adalah seorang aktivis keamanan, penyair dan pengarang. Penganut agama Buddha ini juga merupakan bekas pelarian Nazi Jerman.
***********************************

Aku Ingin khabarkan kepadamu tentang Gaza. Gaza hidup di dalam sangkar, di dalam sebuah penjara terbuka yang telah lama terasing dari dunia.

Pokok-pokok oren telah lama jatuh menyembah bumi. Bunga-bungaan tidak lagi dieksport. Juga sayur-sayuran, buah-buahan dan buah zaitun,dahulunya semua ini perniagaan eksport yang pernah menjana hasil.Sejak tahun 2000, tentera Israel telah memusnahkan sebanyak 114,000 pokok zaitun.Yang lain pula telah lama musnah semasa perang 2008/09. Banyak yang tumbang dek fosforus putih dan bahan-bahan kimia yang lain.

Kini, pertanian sukar untuk dikerjakan dan di sesetengah kawasan adalah mustahil. Gaza kelihatan seperti zon perang - lubang-lubang peluru jelas kelihatan di sisi-sisi bangunan.

Gaza hidup tanpa pam kumbahan dan sistem pengairan yang teratur - dibom setiap kali siap dibina semula. Perairan Mediterranean pula dipenuhi dengan sisa kumbahan mentah, manakala had 3 batu yang dikawal rapi oleh tentera laut Israel secara kolektif memusnahkan industri perikanan yang pernah makmur seketika dahulu.Kini airnya bertakung sisa kumbahan dan sisa aktiviti perikanan berlebihan.

DERITA GAZA SIAPA YANG PEDULI


Ini ialah kisah perang yang paling menggerunkan - kengeriannya tak dapat bayangkan di mana terowong dengan jarak yang berbatu jauhnya berfungsi untuk mengurangkan penderitaan rakyat melalui barang-barang yang dibawa dari Mesir.Terowong ini berbahaya kerana sentiasa dibom oleh roket dan peluru berpandu. Ramai orang-orang muda sang pemberani yang bekerja dalam terowong untuk membawa barang-barang yang diperlukan ke Gaza.Mereka memperjudikan hidup mereka setiap hari.


Baca sini: Terowong Nadi penghubung warga Palestin:


Barang-barang untuk menampung kehidupan datang melalui terowong ini. Minyak diesel dan petrol dipam melalui terowong pada 1 / 3 harga Israel. Di samping itu, bahan binaan,simen,ubat-ubatan,kain pembalut,alat pertolongan cemas malahan kereta dan mesin basuh juga turut melalui jalan ini ke Gaza.

Bahan-bahan yang dikirim melalui Ashdot,1$rae1, seringkali harus menunggu berbulan-bulan untuk di periksa dan selalunya tidak akan pernah tiba di Gaza.

Bekalan elektrik amat terhad dan penjana yang digunakan di hospital-hospital hanya boleh diaktifkan 12 kali sehari.Kerap kali terpadam semasa pembedahan sedang di lakukan.Proses pembaikan penjana dan peralatan lain merupakan satu masalah besar kerana alat ganti mengambil masa berbulan-bulan untuk tiba dari negara-negara penderma.

Perkara sama turut berlaku pada peralatan pengimejan (x-ray) yang baru,berdiri terbiar tatkala khidmatnya amat diperlukan.

Apabila sesuatu barang rosak,seringkali harus menunggu lebih daripada satu tahun untuk menerima alat ganti sumbangan NGO [badan bukan kerajaan] yang menyokong rakyat Palestin.Amerika Syarikat sudah lama menghentikan bantuan dan tidak lagi menyumbang.Saya di fahamkan Kongres AS menyalurkan penggunaan dana itu kepada NGO untuk pembangunan agrikultur.Ini adalah satu tragedi untuk rakyat Palestin di Gaza, mereka hanya mampu membekalkan makanan kepada penduduk mereka sendiri.

Dari segi perubatan dan kesihatan,keperluan yang paling asas seperti sarung tangan,jarum untuk menjahit luka, antibiotik dan lain2 juga amat berkurangan.Ramai pesakit tidak boleh mendapatkan rawatan lanjut.40% daripada ubat-ubatan untuk rawatan yang diperlukan tidak boleh didapati.Ubat-ubatan kemoterapi langsung tidak wujud di sini kerana ia terlalu mahal.

Kerusi roda yang ada disumbangkan oleh negara-negara yang mengambil bahagian dan mendukung Palestin.Dan syukur ia berada dalam keadaan yang baik untuk dipakai oleh mangsa yang anggota badan mereka diletupkan. Saya diberitahu bahawa kerusi roda yang dihantar oleh Israel tidak boleh digunakan lantaran banyak bahagian yang hilang.

Banyak hospital telah dibom dan dalam proses dibina semula.Tanpa terowong, akan ada kelumpuhan total dalam pembinaan semula.Hanya pesakit yang kronik,: memerlukan rawatan lanjutan dan pesakit yang paling lemah dihantar ke hospital-hospital Israel.Perjalanan ke sana adalah panjang dan sukar dengan tempat pemeriksaan yang banyak. Sesetengah pesakit tidak berjaya melepasinya dalam keadaan masih lagi bernyawa.Kanak-kanak mesti pergi bersendirian kerana ibu bapa tidak diberi kebenaran untuk menemani mereka.

Kini pesakit lebih mudah dihantar melalui Rafah ke Kaherah untuk mendapatkan rawatan.Juga suatu perjalanan yang sukar sebenarnya.Tetapi lebih disukai kerana sekatan sempadan yg sedikit longgar mewujudkan lebih banyak kemungkinan untuk tiba di hospital Mesir.Namun, ia masih tetap sukar dan panjang.

Saya melihat ramai yg menunggu berjam-jam di sempadan untuk pasport dan dokumen-dokumen mereka diluluskan,prosedur membosankan walaupun bagi orang yang sihat.

Hospital Al-Shifa (diterjemahkan sebagai "Penyembuhan" dalam bahasa Arab) adalah hospital yang terbesar di Semenanjung Gaza. Ia mempunyai 700 katil dan merawat 1200 pesakit sehari.Kesan pengepungan dan sekatan perubatan oleh Israel tidak kurang dahsyatnya. Saya amat kagum dengan komitmen kakitangan hospital dalam merawat orang ramai yang sakit dan cedera walaupun dengan peralatan yang terhad.

Lelaki dan wanita Palestin bekerja bergandingan bahu. Saya terkesan oleh keindahan sikap rakyat Palestin dan dorongan mereka ke arah ?,, dan kebebasan.Saya juga turut terkesan melihat ibu bapa kepada kanak-kanak yang sakit, menjaga mereka dengan penuh kecintaan dan tragedi yang terukir di wajah mereka.

Sekian banyak dari apa yang saya lihat dan dengar di Gaza telah meninggalkan satu lubang hitam yang mendalam dalam hati saya.Saya sedar bahawa jenayah yang dilakukan oleh Zionis Israel dan bersama-sama Amerika Syarikat ialah salah satu jenayah yang terbesar terhadap sebuah populasi yang di anggap sebagai 'bukan manusia'.

Sebaliknya mereka melihat rakyat Palestin adalah seolah² adalah syaitan dan binatang.I$rae1berusha sedaya upaya untuk menghapuskan sejarah Palestin, maruah rakyat Palestin dan hak mereka untuk wujud dalam keadaan yang selamat dan aman.Dalam hemat saya, hal ini tidak boleh dibandingkan dengan bab terakhir Holocaust, ini ialah satu tragedi yang tiada pengampunan.

Saya akan terus menulis tentang tanah sitrus yang lara ini, tanah di mana tumbuh-tumbuhan sitrus telah direnggut keluar daripada bumi dan pokok-pokok telah dieksport ke Israel untuk keuntungan mereka. Semuanya berkisar mengenai keuntungan dan ketamakan sekaligus manyenabkan manusia tidak lagi menjadi manusia.



Saya ingin memberitahu anda tentang uranium dan fosforus putih yang ditemui selepas perang di mana pengeboman berlaku selama tiga minggu berturut-turut tanpa henti. Saya menyaksikan bagaimana guru-guru dalam projek "Selamatkan Anak-Anak Kita" membantu dua orang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sampai hari ini tidak mampu berbicara setelah Operasi Cast Lead itu.

Sehingga hari ini, kita masih menemui bahan kimia di dalam tanah dan di dalam badan kanak-kanak yang dilahirkan pramatang dengan kanser dan kecacatan.Ia adalah berpunca dari bom fosforus ini di mana 33 tambahan bahan kimia toksik yang berubah sifatnya setiap kali bom ini di gunakan.

Sebagai rekod,lebih daripada 55% daripada penduduk Gaza adalah di bawah umur 18 tahun. Menggigil saya memikirkan kesan kekejaman berterusan ke atas generasi muda ini pada tahun mendatang. Palestin masih dengan bantuan NGO yang cuba untuk untuk melestarikan kesejahteraan anak-anak Palestin di kem-kem pelarian yang sesak yang di huni wajah anak2 yang paling indah.

Pekerjaan saya baru saja bermula di kem ini.Saya juga harus bertahan pada harapan.Anak-anak ini mendatangi saya dengan isyarat keamanan dan kami bersama-sama mengucapkan Viva Palestina. Dunia harus mendengarkan dan menolak kekejaman yg berlaku.


Kredit: Ziefenz Zee fb


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ